MAHASISWA TERENGGANU KETIGA TERBAIK AL-AZHAR

web kpt

Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Graduasi Mahasiswa Markaz Ta’lim Lughah ‘Arabiah yang diadakan di Dewan Al-Azhar Confrence Centre (ACC).

Ianya diadakan adalah bertujuan meraikan dan menyampaikan sijil penghargaan kepada mahasiswa Markaz Ta’lim Lughah ‘Arabiah Al-Azhar yang telah berjaya di dalam peperiksaan yang  diadakan baru-baru ini.

Majlis graduasi tersebut  yang  dihadiri oleh Syeikhul Azhar,  Syeikh  Ahmad  Tayyib yang juga merupakan perasmi bagi majlis graduasi tersebut. Turut hadir bersama adalah Syeikh Muhammad  Ibrahim  dan para masyaikh Al-Azhar yang lain.

Pihak  KPT  Mesir merakamkan jutaan tahniah kepada mahasiswa Terengganu Mesir yang kesemuanya telah berjaya di dalam graduasi tersebut. Seorang mahasiswa Terengganu, Ahmad Ashbahani bin Abu Bakar telah dinobatkan sebagai mahasiswa ketiga terbaik Al-Azhar di dalam peperiksaan baru-baru ini.

Selain itu juga, mahasiswa Terengganu tidak ketinggalan untuk membuat persembahan pada majlis graduasi tersebut dihadapan para tetamu jemputan yang terdiri daripada Syeikhul Azhar dan para masyaikh yang lain.

Sebagai tanda penghargaan, pihak KPT Mesir telah meraikan kejayaan mahasiswa tersebut di dalam majlis Malam Mahabbah KPT  yang diadakan baru-baru ini.

Pihak KPT Mesir yang diwakili oleh Ketu Biro Akademik, Saudara Mohd Zahani bin Abdul Ghani turut menghadiri majlis tersebut sebagai tanda penghargaan pihak KPT Mesir terhadap kejayaan tersebut.

“Ini menunjukkan mahasiswa Terengganu bukan sahaja berjaya di peringkat mahasiswa Malaysia di dalam bidang akademik, malahan ia juga diiktiraf di peringkat Al-Azhar” ujar saudara Zahani ketika ditemui.

Popularity: 41% [?]

About the Author