MESIR – Parti-parti Islam Menang 75 Peratus

web kpt

Hasil akhir pada hari Sabtu lalu (21/1) menunjukkan bahawa parti-parti Islam memenangi hampir tiga-perempat dari kerusi di parlimen dalam pilihan raya Mesir pertama sejak penggulingan Presiden Hosni Mubarak yang kuku besi, menurut para pegawai pilihanraya dan kelompok politik.

Dominasi kelompok Islam di parlimen Mesir telah mencemaskan kaum Liberal dan bahkan beberapa kelompok konservatif mengusulkan adanya legislatif baru, yang akan bertugas membentuk sebuah komite untuk menulis sebuah konstitusi baru. Masih belum jelas apakah konstitusi akan ditulis sementara jeneral yang merebut kekuasaan setelah kejatuhan Mubarak masih berkuasa, atau setelah pemilihan Presiden musim panas ini.

Dalam pemilihan untuk Majlis Rendah Parlimen, koalisi yang dipimpin oleh Ikhwanul Muslimin menang 47 peratus, atau mendapat 235 kerusi di parlimen dari jumlah keseluruhan 498 kerusi. Parti Salafi an-Nur di tempat  kedua dengan 25 peratus, atau 125 kerusi.

Para Salafi an-Nur, telah membuat kejutan terbesar dengan perolehan suara yang signifikan, dan dengan tegas ingin menerapkan undang-undang Islam di Mesir. Sementara itu Ikhwan lebih moderat, telah mengatakan secara terbuka bahawa mereka tidak berusaha memaksa pandangan Islam terkait tentang gaya hidup yang sesuai di Mesir.

Popularity: 3% [?]

About the Author