Hari Terbuka Perubatan…Nantikan!!!

web kpt

1)Forum Wacana Mahasiswa
“Mahasiswa Perubatan dan Pengajian Islam : Sinergi Dua Dunia”
Moderator: Siti Khadijah Binti Daud dan …
Ahli Panel:
1)Ustaz Hanif Haron
2)Doktor Harmy bin Mohamed Yusoff
3)Doktor Suhaini Bin Kadiman
4) Tetamu misteri (kalau nak tahu kena datang tengok)
Masa dan tempat : 5.30 pm di Dataran Hayyu Asyir

2) Pemeriksaan kesihatan
Adakah saya sihat?
Menurut definisi WHO sihat bermaksud sihat dari segi fizikal, mental dan sosial tanpa mempunyai sebarang jenis penyakit atau ketidakupayaan.
Bagaimana saya nak tahu sihat atau tidak?
Anda boleh menjalani beberapa ujian saringan yang akan kami sediakan semasa Hari Terbuka nanti. Contohnya:
- BMI Calculation (ambil ukuran berat dan tinggi);untuk mengetahui sama ada anda kurang berat atau terlebih berat dan bagaimana untuk menguruskannya.
-Tekanan darah; sama ada rendah atau tinggi
-Gula dalam darah/Blood glucose ; untuk mengesan kencing manis (diabetes)

3) Pemeriksaan gigi
*dibawakan khas dari Mansurah

4) Pendidikan kesihatan/ Health Education
*sila rujuk pelan Hari Terbuka untuk tempat
Slot 1: Asas-asas Kesihatan di Rumah (8.45am)
Slot 2: Kesihatan Belia (10.30am)
Slot 3: Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak (12.45pm *akhawat sahaja)
Slot 4: Penyakit Berjangkit (2.30pm)

5) Derma darah/ Blood Donation
Tempat :
• Mahasiswa : Bersebelahan Rumah Terengganu
• Mahasiswi : Bersebelahan Rumah Selangor
Sumber : Tabung darah Cairo University

6) Pameran kesihatan daripada kontinjen muhafazah
Non Communicable diseases – PERUBATAN Cawangan Zaqaziq
Nutrition – PERUBATAN Cawangan Mansoura
Women Health Care – PERUBATAN Cawangan Tanta
Dental Care – PERUBATAN Cawangan Mansoura

7) Bazar makanan
Wah bestnye, ada makanan la! Special menu!

8)AQSA PERUBATAN
Bukan pameran semata-mata, malah ada permainan/aktiviti yang menarik disediakan kepada anda semua.

Popularity: 2% [?]

About the Author