KAHERAH, 31 Jan – Medan dakwah dalam kehidupan masyarakat kini mampu diaplikasikan dalam pelbagai bentuk medium
penyampaiannya.
Perkembangan ini menunjukkan bahawa masyarakat semakin bijak dalam memanfaatkan segala kemudahan yang ada. Antara medium yang terbaik adalah bidang penulisan sehingga kemunculan pelbagai penulis-penulis muda yang sering meghiasi dunia penulisan.
Tanpa mengira latar belakang yang pelbagai penulisan mereka mampu diterima oleh masyarakat dewasa kini.
Kedatangam wakil PTS Media Group digunakan dengan sebaik yang mungkin dengan menganjurkan ” SeminarPenulis Azhari” dibawah kelolaan Kem Latihan Penulis (KELAP PMRAM) Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM2011.
Sambutan yang begitu menggalakkan daripada ahli PMRAM Cawangan sehingga pendaftran yang diterima begitu memberangsangkan .
Seminar yang diadakan di Dewan Darul Iman, Rumah Terengganu membuktikan golongan Azhari juga perlu mewarnai dunia penulisan tempatan dalam pelbagai genre.
Pengisian yang diberikan oleh Saudara Imran Azmi mewakili PTS Islamika dan Saudara Faris Hasbullah mewakili PTS Darul Furqan begitu menarik peserta untuk mengetahui kepentingan penulisan dikalangan Azhari.
” PMRAM sentiasa menyediakan pelbagai medium lapangan yang terbaik kepada ahli PMRAM mengaplikasikan segala keperluan semasa bagi melebarluaskan dakwah Islam dikalangan masyarakat kelak” ujar Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selaku Ketua Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM2011.
Popularity: 2% [?]


