Majlis Ramah Mesra dan Makan tengahari Bersama Ketua Pengarah BTN Malaysia

web kpt

KAHERAH, 28 Jan – Saf Kepimpinan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT Mesir) yang diketuai oleh Saudara Mohd Zahani bin Abdul Ghani, selaku Yang Dipertua KPT Mesir sesi 2011/2012 telah menyambut mesra kedatangan Datuk Raja Arif bin Raja Ali selaku Ketua Pengarah BTN Malaysia beserta rombongan sempena Majlis Ramah Mesra dan Makan Tengahari bersama Datuk Raja Arif bin Raja Ali.

Majlis Ramah Mesra dan Makan Tengahari bersama Datuk Raja Arif bin Raja Ali telah diadakan di Dewan Darul Iman, Hayyu Asyir, Kaherah. Majlis yang bermula pada jam 11.30 pagi itu mendapat sambutan yang baik daripada seluruh mahasiswa-mahasiswi Terengganu di Kaherah.

Majlis ini turut dihadiri oleh Dato’ Shahlan bin Ismail selaku Setiausaha Politik Dato’ Seri Perdana Menteri), Encik Saiful Anuar bin Muhammad (Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia), Prof.Madya Su’aidi bin Dato’ Syafie (Pengarah EME) dan Encik Rosli bin Awang (Penolong Pegawai HEP Terengganu Mesir).

Datuk Raja Arif bin Raja Ali ketika meyampaikan ucapan, beliau melahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu dengan mahasiswa/wi Islam Terengganu yang berada di Mesir. Beliau juga mengharapkan seluruh mahasiswa-mahasiswi dapat meningkatkan pencapaiaan akademik dan mengambil peluang mencari ilmu dengan sebaik yang mungkin bagi memberi khidmat kepada masyarakat.


Turut berucap didalam majlis tersebut ialah Dato’ Shahlan bin Ismail (Setiausaha Politik Dato’ Seri Perdana Menteri), Encik Saiful Anuar bin Muhammad (Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia), Prof.Madya Su’aidi bin Dato’ Syafie (Pengarah EME), Encik Rosli bin Awang (Penolong Pegawai HEP Terengganu Mesir) dan Mohd Zahani bin Abdul Ghani (Yang Dipertua KPT Mesir sesi 2011/2012).

Yang Dipertua KPT, Saudara Mohd Zahani bin Abdul Ghani didalam ucapannya mengalu-alukan delegasi Malaysia yang hadir ke Teratak Terengganu dan turut menyentuh tentang peranan dan usaha yang telah dilakukan oleh pihak KPT selaku Badan Kebajikan Anak Negeri.

Majlis Ramah Mesra diteruskan dengan sesi dialog yang mendapat perhatian daripada mahasiswa yang hadir seterusnya penyampaiaan cenderahati kepada Datuk Raja Arif bin Raja Ali selaku Ketua Pengarah BTN dan Dato’ Shahlan bin Ismail selaku Setiausaha Politik Dato’ Seri Perdana Menteri). Majlis berakhir sekitar jam 2.15 petang.

Pihak KPT mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua tetamu dari Malaysia yang meluangkan masa beramah mesra dengan mahasiswa/wi Islam Terengganu. Semoga majlis bermanfaat seperti ini dapat membuka minda mahasiswa/wi dan duta perubahan Islam seterusnya meribatkan lagi hubungan antara pihak kerajaan dengan mahasiswa/wi di bumi Anbiya’.

Popularity: 6% [?]

About the Author