DUNIA telah dikejutkan dengan pengisytiharan Jerusalem atau Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Donald J Trump pada 6 Disember 2017. Pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel ini adalah satu aksi perisytiharan perang (act of war) dengan seluruh dunia Islam.

Pengisytiharan ini merupakan satu kebiadaban oleh Donald J Trump tanpa mengambil kira bahawa Baitul Maqdis telah menjadi tanah yang menjadi rebutan 3 agama berabad lamanya. Tanpa mengendahkan pandangan dari negara-negara lain serta membelakangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Donald J Trump telah menunjukkan lagi keangkuhan dan muka sebenar negara Amerika.

Perkara yang sedang berlaku ini telah membuktikan apa yang telah diberitakan tentang proses pemetaan semula tanah-tanah umat Islam oleh negara barat yang diketuai oleh negara Amerika adalah benar.

Tindakan melampau Trump ini diharap membuka mata seluruh pemimpin dunia Islam untuk bersatu dan berhenti bertelingkah antara satu sama lain.

Namun, tidak mustahil tindakan melampau Presiden Amerika ini akan menjadi titik yang menyatukan seluruh umat Islam bagi membela dan membebaskan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa dari cengkaman zionis laknatullah.

Oleh itu, sedarlah wahai negara-negara Islam yang sedang bersengketa sesama sendiri samada Yaman, Saudi, Syria, Iraq dan lain-lain tempat untuk kembali ke meja rundingan, akui kelemahan sendiri adalah langkah pertama untuk menuju semula ke arah kebangkitan.

Justeru itu, umat Islam perlu bersatu dalam sikap dan tindakan ke atas rejim Yahudi dan AS khususnya.

Antara tanda-tanda kiamat yang perlu kita ketahui adalah penaklukan Baitul Maqdis. Dijelaskan dalam hadis ‘Auf bin Malik RA, beliau berkata, Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda :

“Ingatlah ( wahai ‘Auf ) ada enam (tanda) sebelum datangnya hari Kiamat…”, ( lalu beliau menyebutkan salah satunya ), “ Penaklukan Baitul Maqdis.”(HR Bukhari)

Kembalinya kaum Yahudi ke Palestin sebagai tanda bahawa kiamat telah dekat, kerana setelah mereka kembali, tidak lama setelah mereka berkuasa di Palestin, kaum Muslimin akan memerangi mereka dan Baitul Maqdis ditakluk kembali oleh kaum Muslimin, sebagaimana hadis :

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda : “ Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai orang Yahudi bersembunyi disebalik  batu dan pohon  itu berkata,” Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakang aku, kemarilah dan bunuhlah ia, kecuali pohon gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)

Marilah sama-sama kita bermunajat kepada Allah S.W.T agar menyatukan umat Islam seluruh dunia serta bangkit bagi mempertahankan tanah umat Islam dalam satu lagi episod tragis dunia umat Islam. Umat Islam wajib bersatu untuk mempertahankan agama Islam itu sendiri. Semoga sebuah natijah yang baik berpihak kepada umat Islam.

Wallahua’lam.

BIL : 01 [KELUARAN DISEMBER 2017

Disediakan Oleh:

Unit Editor & Risalah

Biro Kebajikan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) sesi 2017/2018

 

(Visited 113 times, 1 visits today)

Comments

comments