Rabu, 3 Jun 2020 – Yang Dipertua Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) telah mengadakan satu perjumpaan bersama Ustaz Mohd Shaharuddin Bin Zainal (Pegawai Atase Pendidikan Terengganu Timur Tengah) bertempat di Pejabat Atase Pendidikan Terengganu, Hayyu Asyir.

Pertemuan tersebut disambut baik oleh pihak Pegawai Atase Pendidikan Terengganu dan turut membincangkan beberapa perkara berkenaan bantuan/kebajikan Mahasiswa/wi Terengganu di Mesir bagi menghadapi situasi wabak pandemik Covid-19. Antaranya adalah :-

1. Rumah sewa Anak Terengganu sekitar Kaherah dibolehkan untuk menumpang/meletakkan barang di Bangunan Kompleks Darul Iman, Hayyu Asyir. Ia perlu menepati beberapa syarat sebagaimana berikut :-

a. Jumlah yang DIBENARKAN lima (5) kotak barangan bersaiz kotak kargo sahaja.
b. Perlu ditulis nama pemilik /jenis barang pada kotak tersebut.
c. Perlu di sanitizer pada kotak barangan sebelum dibawa masuk ke dalam Bangunan Kompleks Darul Iman, Hayyu Asyir.
d. Barangan bersaiz besar TIDAK DIBENARKAN sama sekali seperti peti sejuk/rak buku dan seumpama dengannya.

2. Pegawai Atase Pendidikan Terengganu menyampaikan pesanan dan nasihat supaya disampaikan kepada seluruh Mahasiswa/wi Anak Terengganu di Mesir agar mengikuti nasihat serta saranan daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan sentiasa berwaspada serta peka terhadap ancaman penyakit yang berbahaya ini dan terus mengambil tindakan pencegahan setiap masa sebagaimana berikut:

a. Meningkatkan tahap kebersihan serta penjagaan kesihatan yang tinggi pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer
b. Sentiasa mengamalkan jarak sosial dan etika kesihatan apabila berada di khalayak ramai dengan memakai menutup mulut dan hidung bagi mencegah penularan wabak pandemik Covid- 19.

Selain itu pelajar-pelajar yang mengalami masalah kesihatan terutamanya demam, sakit tekak, batuk selsema atau mengalami kesukaran untuk bernafas dinasihatkan melaporkan keadaan mereka kepada pegawai yang telah diberi tanggungjawab sebagaimana yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) serta dinasihatkan untuk mengamalkan self-quarantine selama empat belas (14) hari.

3. Sehubungan itu, YDP KPT menyampaikan laporan keadaan ahli-ahli serta mengutarakan beberapa cadangan kepada Pegawai Atase Pendidikan Terengganu mengenai kebajikan Anak Terengganu yang masih berada di Mesir khususnya bagi menghadapi tempoh ini.

Dalam pertemuan tersebut, Pegawai juga menyampaikan sedikit peruntukan Mask, sarung tangan, serta penyembur pembasmi virus bagi kegunaan ahli.

4. Akhir sekali, peringkat KPT mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pegawai Atase Pendidikan Terengganu di atas kesudian meluangkan masa untuk perjumpaan bersama YDP. Semoga dengan perjumpaan YDP KPT kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara KPT dengan Pegawai Atase Pendidikan Terengganu serta dapat membantu menjaga kebajikan Anak Terengganu di Mesir.

“Mahasiswa Bersahsiah, Tunjang Kesatuan”

“Berilmu dan Beramal”

Disediakan Oleh:
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2019/2020.

(Visited 22 times, 1 visits today)

Comments

comments