Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) adalah persatuan yang menitik beratkan agenda pentarbiahan dalam kehidupan seharian mahasiswa Islam. Penerapan agenda tarbiah adalah sangat penting bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan sahsiah. 
 
Justeru,Jabatan Fasilitator di bawah Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM 2013 menyusun dengan sistematik dalam pelbagai bentuk aktiviti yang dijalankan, khususnya aktiviti mingguan setiap hari Jumaat iaitu perlaksanaan muzakarah berkelompok di setiap PMRAM Cawangan.
 
Muzakarah Berkelompok Bermanhaj di peringkat PMRAM akan dijalankan bermula pada 7 Februari 2014 bersamaan hari Jumaat. Pelaksanaan Muzakarah Berkelompok tetap diteruskan dan setiap fasilitator perlu cakna dalam perlaksanaan muzakarah berkelompok di setiap peringkat.
 
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
 
Ahmad Bin Ja’afar
Naib Presiden 1
Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2013
(Visited 47 times, 1 visits today)

Comments

comments