SU (web)

Assalamualaikum w.b.t

Sebagaimana maklum, Permohonan Bantuan Dermasiswa / Pendidikan Zakat MAIDAM IPTA/S Dalam dan Luar Negara telah DIBUKA pada awal Januari lepas dan berakhir pada 31 Mac 2016.

Untuk mengetahui syarat-syarat kelayakan dan membuat permohonan, seluruh Mahasiswa/wi Terengganu di Mesir boleh berbuat demikian secara atas talian (online) di pautan: http://www.espmb.com/maidam_zakat

 

Berikut adalah Gerak Kerja Pengumpulan Borang Zakat MAIDAM di bawah seliaan Jabatan Setiausaha Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) untuk sesi 2015/2016:

29 Januari 2016 (Jumaat) – Taklimat berkenaan Syarat-syarat Umum Kelayakan Memohon Bantuan Zakat di Dewan Darul Iman, selepas Solat Isyak.

9 hingga 11 Februari – Pembukaan kaunter penyerahan borang kali pertama. Akan dinyatakan secara terperinci kelak.

25 Februari hingga 17 Mac – Pembukaan kaunter penyerahan borang pada setiap hari Khamis dan Sabtu setiap minggu bermula pukul 3 hingga 5 petang di Kompleks Darul Iman.

19 Mac 2016 – Kaunter penyerahan borang ditutup secara rasmi.

31 Mac 2016 – Seluruh borang diserahkan kepada MAIDAM.

 

Sehubungan itu, diharap kepada seluruh Mahasiswa/wi Terengganu di Mesir yang memohon untuk mengikuti garis masa yang dinyatakan ini. Sebarang masalah yang berlaku untuk proses penghantaran dan kesulitan, boleh terus merujuk kepada AJKT & AJK HEWI Angkat masing-masing terutama kepada yang tinggal di muhafazah.

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung kepada :

MAIDAM
Emel : [email protected]
Talian : 09-6303030 samb. Unit Agihan Zakat (Bantuan Zakat IPTA/IPTS)

KPT
Talian :
Muhammad Hazim Hilmi Md Harun
+20 112 221 9914
+6 014 518 2602 (whatsapp)

Nurul Najwa Mohd Rani
+20 112 172 8789
+6 014 523 8115 (whatsapp)

 

 

‘Mahasiswa Cemerlang, Kesatuan Dijulang’
‘Berilmu dan Beramal’

Yang menjalankan amanah,

Muhammad Hazim Hilmi Md Harun
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2015/2016.

(Visited 200 times, 1 visits today)

Comments

comments