Assalamualaikum w.b.t
Sebagaimana maklum, Permohonan Bantuan Dermasiswa / Pendidikan Zakat MAIDAM IPTA/S Dalam dan Luar Negara telah DIBUKA pada awal Januari lepas dan berakhir pada 31 Mac 2017. Untuk mengetahui syarat-syarat kelayakan dan membuat permohonan, seluruh Mahasiswa/wi Terengganu di Mesir boleh berbuat demikian secara atas talian (online) di pautan: http://www.espmb.com/maidam_zakat

Berikut adalah Gerak Kerja Pengumpulan Borang Zakat MAIDAM di bawah seliaan Jabatan Setiausaha Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) untuk sesi 2016/2017:

25 Januari 2017 (Rabu) – Taklimat berkenaan Syarat-syarat Umum Kelayakan Memohon Bantuan Zakat di Dewan Darul Iman, selepas Solat Maghrib.

2 hingga 4 Februari – Pembukaan kaunter penyerahan borang kali pertama. Akan dinyatakan secara terperinci kelak.

21 Februari hingga 7 Mac – Pembukaan kaunter penyerahan borang pada setiap hari Khamis dan Sabtu setiap minggu bermula pukul 3 hingga 5 petang di Kompleks Darul Iman.

10 Mac 2017 – Kaunter penyerahan borang ditutup secara rasmi.

31 Mac 2017 – Seluruh borang diserahkan kepada MAIDAM.

Sehubungan itu, diharap kepada seluruh Mahasiswa/wi Terengganu di Mesir yang memohon untuk mengikuti garis masa yang dinyatakan ini. Sebarang masalah yang berlaku untuk proses penghantaran dan kesulitan, boleh terus merujuk kepada AJKT & AJK HEWI Angkat masing-masing terutama kepada yang tinggal di muhafazah.

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung kepada :
MAIDAM
Emel : [email protected]
Talian : 09-6303030 samb. Unit Agihan Zakat (Bantuan Zakat IPTA/IPTS)
KPT
Talian :
Mohd Syahril bin Zakaria
+20 101 429 7856
+6 019 925 0729 (whatsapp)
Nuri Samawati binti Abdullah
+20 114 336 2282
‪+6 014 541 2449‬ (whatsapp)

(Visited 111 times, 1 visits today)

Comments

comments