1 Februari 2018 (Khamis) –
Pihak Jabatan Setiausaha Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir(KPT) telah mengadakan perjumpaan khas bersama Atase Pendidikan Negeri Terengganu Ustaz Mohd Shaharuddin Bin Zainal.

Perjumpaan ini bertujuan bagi menyelaraskan gerak kerja pengumpulan borang Dermasiswa Zakat MAIDAM untuk seluruh mahasiswa/wi Terengganu di Mesir.

Berikut adalah hasil perbincangan Gerak Kerja Pengumpulan Borang Zakat MAIDAM di bawah seliaan Jabatan Setiausaha Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) sesi 2017/2018 :

1 Februari 2018
– Pembukaan kaunter penyerahan borang MAIDAM.
[ Ikhwah : Bilik 302 ]
[ Akhwat : Maktabah Darul Iman ]

-Pelajar-pelajar yang ingin berjumpa dengan Ustaz Mohd Shaharuddin Bin Zainal (Pegawai Atase Pendidikan Negeri Terengganu) adalah pada waktu berikut :

Ahad hingga Khamis

*Sila hubungi Pejabat Pentadbiran Atase, sehari sebelum untuk bertemu Atase Pendidikan Negeri Terengganu.

15 Mac 2018
– Kaunter penyerahan borang ditutup secara rasmi di peringkat Jabatan Setiausaha.

31 Mac 2018
– Permohonan zakat ditutup, Seluruh borang diserahkan kepada MAIDAM.

Sehubungan itu, diharap kepada seluruh Mahasiswa/wi Terengganu di Mesir yang memohon permohonan bantuan zakat dan urusan-urusan lain perlu mengikuti garis masa yang dinyatakan diatas.

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung kepada :

MAIDAM

Emel : [email protected]
Talian : 09-6303030 samb. Unit Agihan Zakat (Bantuan Zakat IPTA/IPTS)

*PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN TERENGGANU*
Ustaz Mohd Shaharuddin bin Zainal
Emel : [email protected]mail.com
Talian : +201093595013

*SETIAUSAHA KPT* :
Mohd Syahril bin Zakaria
Emel :
[email protected]
Talian : +20 101 429 7856

*SETIAUSAHA HEWI KPT*
Asma’ bt Mohd Daik
Emel : [email protected]
Talian : +201118598426

“Keunggulan Syakhsiah, Tunjang Kesatuan”
“Berilmu dan Beramal”

Disediakan Oleh:
Jabatan Setiausaha
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT)
Sesi 2017/2018

(Visited 264 times, 1 visits today)

Comments

comments