Kaherah, 9 Feb -Ijtimak Thaqafi Kolokium Ilmuan(Q) Siri 1 anjuran Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM 2013 berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Program bertemakan “Generasi Tarbawi Memimpin Ummah” berjaya menghimpunkan kira-kira 500 peserta dari kalangan mahasiswa dan mahasiswa baru. Lokasi pilihan kali ini bertempat di Dewan Masjid Tantawi,Hayyu Sabie’.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Aziz Ali Presiden PMRAM 2013. Dalam ucapan beliau, beberapa penekanan yang ditekankan berkaitan kepentingan pengisian yang disampaikan dalam program ini sebagai persediaan mahasiswa untuk menjadi  generasi ulamak amilin yang akan datang. Turut hadir bersama adalah Ustaz Usamah B. Aris selaku Pengarah Kolokium Ilmuwan (Q) Siri 1.

Antara pembentangan menarik yang dibentangkan adalah Ceramah “Konsep Syahadah” oleh Ustaz Syed Ridhwan B. Syed Md Zain,Setiausaha Agung PMRAM Cawangan Kelantan. Seterusnya,Talkshow “Tarbiah Ruhiyyah” yang menampilkan dua finalis iaitu Ustaz Mohd Hakim B. Azizan selaku Pengarah MANHAL PMRAM dan Ustaz Ariff Adli B. Ibrahim merupakan mantan AJKT PMRAM Cawangan Selangor. Manakala moderator dipengerusikan oleh Ustaz Hasbullah B.Suhaimi merupakan mantan AJKT PMRAM Cawangan Pahang.

Pembentangan kitab “Maza Yakni Intima’ Lil Islam” (Bahagian Pertama) dikendalikan oleh Ustaz Mohd Zikri B. Mohd Zaki, Yang Dipertua PMRAM Cawangan Penang. Pelbagai soalan diutarakan oleh para peserta sepanjang sesi soal jawab. Respon positif dan memberangsangkan ditunjukkan berkaitan pengisian yang disampaikan oleh pihak pembentang.

Program berakhir dengan jayanya sekitar jam 5.00 petang. “Pengisian yang disusun khusus untuk para peserta mendapat thaqafah dan kefahaman mengenai tuntutan sebenar sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi Islam”ujar Ustaz Ahmad B.Jaafar selaku Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM 2013.

PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan Kolokium Ilmuan (Q) Siri 1. Semoga setiap pengisian yang diberikan dapat menambah kefahaman dan memberi kesedaran tentang kepentingan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

“Generasi Tarbawi Memimpin Ummah”
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

(Visited 58 times, 1 visits today)

Comments

comments