Kaherah,3 November 2016 – Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir(KPT)telah mengadakan Jaulah ke Abu Ela’ dibawah seliaan Unit Sambutan dan Rehlah Sesi 2016/2017 dengan kerjasama Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru(USMB’16).

Jaulah ini telah disertai oleh 36 peserta beserta 5 orang musyrif dan telah bertolak pada jam 4.00 petang.Sasaran utama peserta jaulah ialah mahasiswi baru. Perjalanan ini telah mengambil masa selama 1 jam 30 minit berikutan kesibukan kota raya di Kaherah.

Antara objektif utama jaulah ini diadakan adalah untuk membantu para mahasiswi mencari dan membeli barang-barang keperluan musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi disamping mengakar para peserta bermuamalah dengan peniaga-peniaga tempatan disini.

Akhirnya,semoga jaulah ini dapat membantu para mahasiswi baru khususnya untuk lebih bersedia menghadapi musim sejuk di “Ardhul Kinanah” ini.

(Visited 2,794 times, 1 visits today)

Comments

comments