JOM KENALI KITAB (Siri 1)

Matan Al-Ajurumiyyah
متن الآجرومية لابن الآجروم

Perihal pengarang :
– Muhammad bin Muhammad bin Daud as-Sonhajiy
– Lahir pada 672 H (ketika mana wafatnya ibn Malik AtTo’i, empunya Alfiah Ibn Malik)

Kisah Penulisannya
[ 2 RIWAYAT PENCERITAAN ]

– Dikatakan telah dituliskan matan ini di depan Kaabah. Helaiannya terbang ketika menulis. Maka telah berdoa oleh si pengarang tersebut: “Ya Allah, andai penulisan ini ikhlas keranaMu, maka kembalikanlah helaian itu tadi.” Maka helaian tersebut telah kembali dengan izinNya.
– Selepas ditulis dicampak pula ke laut seraya pengarang tersebut berkata:
“Kalaulah benar tulisan aku ini kerana Allah Taala, maka lindungkanlah olehMu dari musnah ia.”
Maka ianya kekal dengan izinNya.

Kandungan Matan :
– Asas-asas dalam ilmu Nahu berserta contoh yang mudah difahami dan sesuai untuk para mubtadi’en.

– 3 Muqaddimah:
Kalam
al-I’rob,
al-Ma’rifah wa Nakirah.
( muqaddimah adalah tangga kepada pemahaman terhadap maudu’at )

– 4 Maudu’at (topik perbahasan):
Marfu’at,
Mansubat,
Majrurat,
Majzumat.

Kitab-kitab syarahannya
(Susunan marhalah mubtadi’)

– Mukhtasar Jiddan (Syeikh Zaini Dahlan)
– Tuhfah Saniyyah (Syeikh Muhyiddin Abd Hamid)
– Tanqih Al-Azhariyyah (Syeikh Muhyiddin Abd Hamid)
– Syarh Khalid Azhari (Syeikh Khalid Azhari)

Kalam ulama’ tentang kitab ini :
– Setiap penuntut yang baru nak mulakan langkah dalam menuntut ilmu agama mesti mengkhatamkannya.

“Nahu itu bapa ilmu, sorf ibunya dan mantik khadim bagi kedua-duanya.”
Baba Faisal ad-Dahlawi, Ust Marwan al-Qodahi, Syeikh Jamal Farouq al-Azhari

“Mahasiswa Cemerlang, Kesatuan Dijulang”
“Berilmu dan Beramal”

(Visited 86 times, 1 visits today)

Comments

comments