Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi, selawat dan salam buat Rasul junjungan, ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi’ tabi’in dan seluruh para pejuang Islam sepanjang zaman.

Seperti mana yang telah dimaklumkan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah membuka permohonan bantuan zakat IPTA/IPTS dalam dan luar negara secara atas talian (online) bermula pada 1 Januari sehingga 31 Mac 2020. Kepada mahasiswa Terengganu di Mesir yang masih belum mengisi permohonan tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan menekan pautan berikut:

www.espmb.com/maidam_zakat/

Sehubungan dengan itu, Jabatan Setiausaha Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) Sesi 2019/2020 akan membuka kaunter penghantaran borang permohanan zakat bermula 24 Februari hingga 25 Mac 2020.

Kepada anak-anak Terengganu yang ingin mewakilkan penghantaran borang zakat MAIDAM melalui KPT sila hantar borang tersebut di Bilik 302 (Ikhwah) dan Bilik 302 (Akhawat), Aras 3, Kompleks Darul Iman, Hayyu Asyir pada waktu berikut:

Ikhwah:
Setiap hari kecuali Ahad, Rabu & Jumaat
Jam 2.00 p.m. hingga 5.00 p.m. dan 7.00 p.m. hingga 10.00 p.m.

Akhawat:
Setiap hari kecuali Ahad, Rabu & Jumaat
Jam 2.00 p.m. hingga 10.00 p.m.

Pemohon hendaklah mengisi segala maklumat borang dengan tepat dan memastikan semua lampiran mencukupi serta mendapat pengesahan dari Pegawai Atase Pendidikan Negeri Terengganu sebelum menghantar borang tersebut. Pihak KPT tidak akan bertanggungjawab atas kecuaian dan kesalahan pemohon.

Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor berikut:

Umar Mukhlis bin Nazri
(Setiausaha KPT Sesi 2019/2020)
+201117376913 (call)
+601119442497 (whatsapp)

Mohamad Farhanul Abidin bin Nordin
(Naib Setiausaha KPT Sesi 2019/2020)
+201060536297 (call & whatsapp)

Siti Aishah binti Sudin
(Setiausaha HEWI KPT Sesi 2019/2020)
+201124110821 (call & whatsapp)

Muhammad Nur Adli Najmuddin bin Mukhtar
(Yang Dipertua KPT Sesi 2019/2020)
+201012732068 (call & whatsapp)

Nurul Robiatul Hidayu binti Azlin
(Naib Pengerusi HEWI KPT Sesi 2019/2020)
+201128721204 (call & whatsapp)

 

“Pengurusan Sistematik, Pemacu Kecemerlangan”
“Mahasiswa Bersahsiah, Tunjang Kesatuan”

“Berilmu dan Beramal”

 

Disediakan oleh:
Umar Mukhlis bin Nazri
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT)
Sesi 2019/2020

(Visited 220 times, 1 visits today)

Comments

comments