SU (web)

Assalamualaikum w.b.t.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman dan rombongan Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan lawatan rasmi ke Mesir. Rombongan ini dijangka tiba pada 16 Januari 2016, Sabtu.

InsyaAllah, Majlis Ramah Mesra bersama YAB Menteri Besar akan diadakan sempena lawatan rasmi ini dan makluman majlis tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengucapkan ahlan wasahlan dan mengalu-alukan kedatangan YAB Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman dan rombongan Kerajaan Negeri Terengganu ke Perlembahan Nil. Sesungguhnya kedatangan ini amat dinantikan seluruh Mahasiswa/wi Terengganu di Mesir.

‘Mahasiswa Cemerlang, Kesatuan Dijulang’
‘Berilmu dan Beramal’

Disediakan oleh,

Muhammad Hazim Hilmi Md Harun,
Setiausaha KPT,
Sesi 2015/2016.

 

(Visited 260 times, 1 visits today)

Comments

comments