mursiyd

Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari dalam otak yang jika dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya. Bersin adalah mekanisma pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut dengan kepantasan sekitar 161 kilometer/jam.

 

Menurur Dr Michael Roizen, pegawai kesihatan Cleveland Clinics menegaskan, bersin merupakan kegiatan positif kerana ia berfungsi membersihkan rongga antara hidung, mulut, dan tengkorak. Dalam Syarah Riyadhus Salihin, Syeikh Usaimin mengutarakan, bersin dapat mengaktifkan kegiatan otak dan meringankan tubuh.

 

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ فَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَحَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ سَمِعَهُ أَنْ يُشَمِّتَهُ وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ فَإِنَّمَا هُوَ مِنْ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ
“Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bersin, dan benci kepada orang menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan Hamdallah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim yang mendengarnya membaca Yarhamukallah (semoga Allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Apabila salah seorang daripada kalian menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang daripada kalian menguap, syaitan pun tertawa kepadanya”. (Riwayat al-Bukhari)

 

Bersin juga merupakan perkara yang efektif  kerana ia dapat membersihkan rongga.  “Sedangkan menahan bersin itu akan menyebabkan bahaya dan menimbulkan beberapa risiko”, kata Dr. Micheal Roizen kepada Wellness Officer Cleveland Clinics, di dalam Doctoroz.com. Bersin adalah lawan dari menguap iaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka badan akan dimasuki oleh bahan lain yang terdiri daripada debu atau sesuatu yang sangat kecil di udara seperti kutu, atau mikroba yang berkemungkinan masuk ke dalam organ pernafasan.

Begitulah hikmah bersin kepada kesihatan manusia sehingga dapat dibuktikan dengan kajian sains.

 

Disediakan oleh :

Biro (Unit) Akademik

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir Sesi 2014/2015

gggg

(Visited 265 times, 1 visits today)

Comments

comments