Bismillahirrahmannirrahim,

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta para sahabat dan sekalian pengikutnya.

Seperti yang telah kita sedia maklum, tahun ini kita bakal menghadapi peperiksaan dengan suasana dan teknikal berbeza berikutan pandemik wabak Covid-19 yang telah melanda di seluruh dunia termasuk negara Mesir.

Merujuk kepada kenyataan rasmi EME bertarikh 30 April 2020, Universiti Al-Azhar telah menetapkan bagi mahasiswa Pengajian Islam tahun 1,2 dan 3 dikehendaki untuk membuat bahas dan menghantarnya melalui email berdasarkan tempoh waktu yang telah ditetapkan. Manakala bagi mahasiswa Pengajian Islam tahun akhir bakal diadakan peperiksaan bertulis seperti biasa bermula 30 Mei 2020.

Sehubungan dengan itu, saya menyarankan kepada semua ahli agar membuat persediaan yang mencukupi bagi menghadapi peperiksaan. Bagi mahasiswa tahun 1,2 dan 3 perlu mengambil cakna berkenaan bahas yang perlu dibuat adalah dengan mengikut ketetapan rasmi pihak Universiti Al-Azhar.

Para mahasiswa yang terlibat perlu merujuk kuliah masing-masing bagi mengetahui teknikal, format pelaksanaan dan segala persediaan yang diperlukan. Untuk maklumat lengkap sila rujuk di laman rasmi fakulti kuliah masing-masing.

Tarikh penghantaran bahas adalah pada 30 Mei 2020 sehingga 15 Jun 2020.

Di samping itu, saya menasihatkan kepada semua agar meningkatkan kewaspadaan kita terhadap penjagaan kesihatan pada musim ini.

Akhir kata, saya mewakili barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir & Hal Ehwal Wanita Islam Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) Sesi 2019/2020 mengucapkan selamat menempuh peperiksaan. Semoga kita semua memperoleh kejayaan dunia dan akhirat, in Shaa Allah.

Bittaufiq Wan Najah.

“Generasi Thaqafah, Sinar Kesatuan”
“Mahasiswa Bersahsiah, Tunjang Kesatuan”

“Berilmu dan Beramal”

 

Disediakan oleh:
Muhammad Munawwir Al-Masyhadi Bin M.Shukrimun
Biro Akademik,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2019/2020.

(Visited 54 times, 1 visits today)

Comments

comments