ydp)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selawat dan salam buat junjungan mulia baginda Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat dan tabien serta para penyambung perjuangan baginda.

Melihat suasana banjir yang amat teruk pada kali ini, kami Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir mengucapkan takziah kepada semua mangsa banjir khususnya mangsa banjir di Terengganu dan secara umumnya di semua tempat yang ditimpa banjir. Semoga Allah Taala mengurniakan ketabahan buat mereka semua dalam menghadapi ujian ini.

Pihak kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus dalam misi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Semoga Allah Taala membalas ganjaran yang lebih baik kepada semua yang terlibat khususnya pihak Kerajaan Negeri Terengganu.

Marilah sama-sama kita bermunajat dan memohon keselamatan buat mereka semua.

حسبنا الله ونعم الوكيل
“Cukuplah Allah bagi kami, dan Allah sebaik-baik tempat berserah diri”.

“BERSAMA KEKALKAN KESATUAN”

“BERILMU DAN BERAMAL”

 

Hormat dari saya,
AHMAD WALIYUDDIN BIN JOHARI
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2014/2015.

(Visited 35 times, 1 visits today)

Comments

comments