Assalamualaikum…

Setelah berakhir tempoh pembukaan usul bertulis yang bermula 8 Oktober sehingga 12 Oktober, pihak KPT telah menerima 1 usul bertulis.

Usul tersebut telah dicadangkan oleh Abdul Halim Zakaria bin Yusof [1472] iaitu matan yang berbunyi;

‘Mengesyorkan KPT dan seluruh Mahasiswa Terengganu di Mesir untuk menyatakan sokongan penuh terhadap usaha memartabatkan Mahkamah Syariah melalui Cadangan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) atau dikenali RUU355 yang akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Parlimen akan datang’

Usul ini akan diteliti oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir KPT dan akan dimaklumkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-52 sama ada diterima untuk bahas atau seumpamanya. Sekian, terima kasih.

‘Mahasiswa Cemerlang, Kesatuan Dijulang’
‘Berilmu dan Beramal’

Yang menjalankan tugas,

(MUHAMMAD HAZIM HILMI BIN MD HARUN)
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2015/2016.

(Visited 42 times, 1 visits today)

Comments

comments