Pembinaan diri manusia sentiasa menjadi aspek terpenting bagi mahasiswa. Islam mengajar penganutnya supaya perlu ditekankan pembangunan insan manusia, melebihi kepentingan mengisi perut dan membina ekonomi. Perkara ini ditunjukkan secara praktikal pada zaman Nabi S.A.W. ketika fatrah Makkiyyah.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sentiasa menekankan kepentingan pembangunan diri manusia, bukan hanya sekadar mencari ilmu tanpa nampak hasilnya. Maka usrah yang menjadi amalan mingguan, antara medan utama untuk mahasiswa membina kefahaman Islam yang benar, berkongsi thaqafah dan menautkan ukhuwwah di atas dasar iman.

Sempena imtihan fasa pertama yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator di bawah Biro Dakwah Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu mesir (KPT) Sesi 2019/2020 telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 6 Disember 2019.

Maka Jabatan Fasilitator mengharapkan semua ahli KPT dapat fokus untuk imtihan dan sentiasa bersedia untuk ditarbiyah dalam medan usrah pada masa akan datang.

“Memimpin Dari Hati, Mendidik Generasi Rabbani”
“Mahasiswa Bersahsiah, Tunjang Kesatuan”

“Berilmu dan Beramal”

Disediakan oleh:
Jabatan Fasilitator,
Biro Dakwah,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2019/2020.

 

(Visited 13 times, 1 visits today)

Comments

comments