Peribadi muslim yang rabbani merupakan antara elemen penting bagi mendepani cabaran pada era modenisasi ini.

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir sangat komited untuk memastikan agenda pembentukan peribadi muslim rabbani ini terlaksana dengan baik.

Antara medium yang dipilih ialah medium usrah manhaji yang bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman dan fikrah malah mengeratkan tautan ukhuwah serta membantu pelaksanaan amal dalam bentuk yang kolektif.

Oleh itu, setelah berakhir Peperiksaan Fasa 2 Universiti Al-Azhar, Jabatan Fasilitator Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir menetapkan tarikh bermulanya Usrah Manhaji ialah pada 7 Februari 2020.

Justeru, Jabatan Fasilitator mengharapkan semua ahli dapat memberi komitmen untuk menghadiri usrah dan sentiasa bersedia untuk sama-sama ditarbiah dan mentarbiah antara satu sama lain.

“Memimpin Dari Hati, Mendidik Generasi Rabbani”
“Mahasiswa Bersahsiah, Tunjang Kesatuan”

“Berilmu dan Beramal”

Disediakan oleh:
Jabatan Fasilitator,
Biro Dakwah,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2019/2020

(Visited 35 times, 1 visits today)

Comments

comments