Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Segala puji bagi Allah yang memberi taufik dan hidayah kepada kita dengan nikmat iman dan Islam. Salam sejahtera keatas junjungan Rasulullah saw serta ahli keluarga Baginda, para sahabat dan pengikut Baginda saw.

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(al-Mujadalah : 11)

Tiada penafian bahawasanya kelebihan dan ketinggian terhadap golongan berilmu ini sangat agung disisi Allah swt. Justeru itu, setiap perjalanan dalam menempatkan diri menjadi sebahagian daripada golongan tersebut perlu melalui jalan yang telah dilalui mereka walau dipenuhi cabaran dan ia memerlukan kesabaran yang tinggi serta dibuktikan dengan amal.

Merujuk kenyataan rasmi dari laman facebook Al-Azhar yang bertarikh 2 Disember 2017, mahasiswa/wi pengajian Islam bagi Universiti Al-Azhar Kaherah bakal menduduki peperiksaan fasa pertama bermula 6 Januari 2018.

Oleh yang demikian, KPT komited dalam memastikan akademik ahli diutamakan selari dengan objektif KPT pada sesi ini seterusnya menetapkan penangguhan program bagi ahli yang terlibat dengan peperiksaan sebagai satu inisiatif kepada ahli untuk terus fokus dan memberi tumpuan penuh terhadap akademik.

Penangguhan program telah bermula pada 6 Disember 2017 sehingga 27 Januari 2018 sebaik sahaja bermula cuti penggal fasa pertama bagi pengajian Islam Universiti Al-Azhar. Penangguhan yang berlangsung selama 52 hari ini akan melibatkan mahasiswa/wi tahun 1, 2, 3 dan 4 yang merangkumi setiap bidang pengajian Islam.

Manakala program dan aktiviti yang melibatkan mahasiswa/wi markaz bahasa akan berjalan seperti biasa. Sepanjang penangguhan ini KPT akan terus berjalan tanpa program bersifat mega.

Definisi tawaqquf  bagi KPT adalah seperti berikut :

  1. a) Memberhentikan program bersifat mega yang melibatkan ahli di sekitar Kaherah dan Muhafazah.
  2. b) Memberhentikan program yang tidak bersifat akademik yang tidak menjurus kepada peperiksaan.
  3. c) Program mingguan yang bersifat ilmiah tetap akan diteruskan.

Pengecualian program KPT juga akan diberikan kepada beberapa kes tertentu setelah mendapat kelulusan daripada Unit Perancang KPT.

Semoga perancangan tawaqquf yang telah disusun ini akan memberi impak yang baik sekaligus menaik taraf pencapaian akademik ahli KPT pada sesi ini.

Wallahu a’lam.

 

“Keunggulan Syakhsiah, Tunjang Kesatuan”

“Berilmu dan Beramal”

 

Disediakan oleh:

ANAS BIN ROSLAN

Timbalan Yang Dipertua (Unit Perancang)

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir

Sesi 2017/2018

 

(Visited 84 times, 1 visits today)

Comments

comments