1) Permohonan Dermasiswa dan Bantuan Pendidikan bagi sesi 2014 hendaklah dibuat secara ONLINE sebelum 30 April 2014. Sila ke pautan berikut untuk mengisi borang permohonan:

http://www.espmb.com/maidam_zakat/DS_Permohonan.aspx

 2) Setiap pemohon hendaklah mengemukakan beberapa dokumen pengesahan kepada pihak MAIDAM sebelum tarikh tamat permohonan. Antara dokumen yang diperlukan ialah:

 a) Surat tawaran belajar.

b) Surat pengesahan tentang status pengajian.

c) Surat pengesahan bermastautin di Terengganu.

d) Surat penolakan dari agensi pinjaman atau pembiayaan.

e) Salinan sijil akademik (SPM dan lain-lain).

f) Salinan akaun bank atau muka depan buku bank.

g) Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga / pasangan.

h) Salinan slip gaji atau akuan pendapatan ibu dan bapa / penjaga.

i) Keputusan peperiksaan semester dan tahunan.

j) Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 3) Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir akan menyusun satu tarikh (dimaklumkan semula) secara berperingkat bagi mengumpul kesemua dokumen yang diperlukan untuk diserahkan sekaligus kepada pihak MAIDAM.

 4) Maklumat lanjut mengenai syarat permohonan, kadar bantuan dan jenis pembiayaan boleh dilihat dengan memuat turun file di bawah:

 Permohonan Zakat MAIDAM 2014

Sekian, terima kasih.

 “Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

“Ubudiyyah – Mas’uliyyah – Itqan”

ABDUL MANAFF BIN GHANI
Jabatan Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2013/2014.

 

(Visited 4,058 times, 1 visits today)

Comments

comments