Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Segala puji bagi Allah yang memberi taufik dan hidayah kepada kita dengan nikmat iman dan Islam. Salam sejahtera keatas junjungan Rasulullah S.A.W serta ahli keluarga Baginda, para sahabat dan pengikut Baginda S.A.W.

Mahasiswa/wi pengajian Islam Universiti Al-Azhar Kaherah bakal menduduki peperiksaan tahriri bagi fasa pertama iaitu pada 5 Januari 2019.

Oleh yang demikian, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) komited dalam memastikan akademik ahli diutamakan selari dengan objektif KPT pada sesi ini seterusnya menetapkan penangguhan program bagi ahli yang terlibat dengan peperiksaan sebagai satu inisiatif kepada ahli untuk terus fokus dan memberi tumpuan penuh terhadap akademik.

Penangguhan program telah bermula pada 1 Disember 2018. Penangguhan ini akan melibatkan mahasiswa/wi tahun 1, 2, 3 dan 4 yang merangkumi setiap bidang pengajian Islam.

Manakala program dan aktiviti yang melibatkan mahasiswa/wi markaz bahasa akan berjalan seperti biasa. Sepanjang penangguhan ini KPT akan terus berjalan tanpa program bersifat mega.

Definisi tawaqquf bagi KPT adalah seperti berikut :
a) Memberhentikan program bersifat mega yang melibatkan ahli di sekitar Kaherah dan Muhafazah.
b) Memberhentikan program yang tidak bersifat akademik yang tidak menjurus kepada peperiksaan.
c) Program mingguan yang bersifat ilmiah tetap akan diteruskan.

Pengecualian program KPT juga akan diberikan kepada beberapa kes tertentu setelah mendapat kelulusan daripada Unit Perancang KPT.

Semoga perancangan tawaqquf yang telah disusun ini akan memberi impak yang baik sekaligus menaik taraf pencapaian akademik ahli KPT pada sesi ini.

Wallahu a’lam.

“Mahasiswa Berkredibiliti Peneraju Kesatuan”
“Berilmu dan Beramal”

Disediakan oleh:
ABDUL AZIZ IFWAT BIN MOHAMMED
Timbalan Yang Dipertua (Unit Perancang),
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2018/2019

(Visited 134 times, 1 visits today)

Comments

comments