Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Segala puji bagi Allah yang memberi taufik dan hidayah kepada kita dengan nikmat iman dan Islam. Salam sejahtera keatas junjungan Rasulullah saw serta ahli keluarga Baginda, para sahabat dan pengikut Baginda saw.

Mahasiswa/wi pengajian Islam Universiti Al-Azhar Kaherah bakal menduduki peperiksaan bagi fasa Kedua iaitu pada 19 April 2018 dengan bermulanya peperiksaan Syafawi di peringkat mahasiswi al-Azhar dan diteruskan dengan peperiksaan Tahriri pada 12 Mei 2018 bagi peringkat tersebut. Manakala bagi peringkat mahasiswa al-Azhar pula adalah pada 28 April 2018 dengan bermulanya peperiksaan Syafawi dan diteruskan dengan peperiksaan Tahriri pada tarikh 19 Mei 2018.

Oleh yang demikian, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) komited dalam memastikan akademik ahli diutamakan selari dengan objektif KPT pada sesi ini seterusnya menetapkan penangguhan program bagi ahli yang terlibat dengan peperiksaan sebagai satu inisiatif kepada ahli untuk terus fokus dan memberi tumpuan penuh terhadap akademik.

Penangguhan program telah bermula pada 12 April 2018. Penangguhan ini akan melibatkan mahasiswa/wi tahun 1, 2, 3 dan 4 yang merangkumi setiap bidang pengajian Islam.

Manakala program dan aktiviti yang melibatkan mahasiswa/wi markaz bahasa akan berjalan seperti biasa. Sepanjang penangguhan ini KPT akan terus berjalan tanpa program bersifat mega.

Definisi tawaqquf bagi KPT adalah seperti berikut :
a) Memberhentikan program bersifat mega yang melibatkan ahli di sekitar Kaherah dan Muhafazah.
b) Memberhentikan program yang tidak bersifat akademik yang tidak menjurus kepada peperiksaan.
c) Program mingguan yang bersifat ilmiah tetap akan diteruskan.

Pengecualian program KPT juga akan diberikan kepada beberapa kes tertentu setelah mendapat kelulusan daripada Unit Perancang KPT.

Semoga perancangan tawaqquf yang telah disusun ini akan memberi impak yang baik sekaligus menaik taraf pencapaian akademik ahli KPT pada sesi ini.

Wallahu a’lam.

“Keunggulan Syakhsiah, Tunjang Kesatuan”
“Berilmu dan Beramal”

Disediakan oleh:
ANAS BIN ROSLAN
Timbalan Yang Dipertua (Unit Perancang)
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir
Sesi 2017/2018

(Visited 66 times, 1 visits today)

Comments

comments