Assalamualaikum w.b.t.

. الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Permulaannya, syukur kepada Allah S.W.T atas limpahan kurnia kepada hamba- hamba Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda S.A.W dan kepada seluruh pengikut baginda.

Di sini, saya mengambil sedikit ruang bagi menyentuh berkenaan pemakluman rasmi KPT mengenai pembatalan Rencah Rasa Tranung (REST ’20). Keputusan tersebut setelah diadakan perbincangan bersama barisan AJKT & AJK HEWI Keluarga Penuntut- penuntut Keluarga Mesir (KPT).

Justeru, pembatalan tersebut diambil kira berdasarkan pemakluman cuaca terkini yang tidak menentu, tambahan pula makluman yang telah dikeluarkan pihak berautoriti Mesir berkenaan perkara tersebut, maka pihak KPT mengambil keputusan membatalkan hari yang berbaki bagi Rencah Rasa Tranung (REST ’20). Keputusan tersebut diambil setelah mengambil timbang pelbagai aspek yang berkaitan.

Sehubungan itu, pihak barisan AJKT & AJK HEWI mewakili seluruh barisan adhoc pelaksana REST ’20 mengucapkan terima kasih kepada seluruh yang terlibat secara umum & khusus kerana sudi mengerah keringat, bertungkus lumus  selama berlangsungnya bazar kita pada kali ini, dan pihak kami memohon maaf atas segala kekurangan serta .

Marilah sama- sama kita mengingati firman Allah S.W.T :-

إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari Kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.

(Surah Luqman : Ayat 34)

Semoga dengan apa yang berlaku, mengingatkan kita tentang hikmah yang mendatang, di sebalik kehendak ketetapan Allah S.W.T yang tersembunyi kebaikan- kebaikan yang tidak terlintas di dalam imaginasi, serta hati manusia. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

.السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Disediakan Oleh:
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2019/2020.

(Visited 113 times, 1 visits today)

Comments

comments