Hadis yang ke-26 : Peluang melakukan kebaikan

 

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda :

كل سلامى من الناس صدقة، كل يوم تطلع فيه الشمس تعدل بين اثنين صدقة، وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها أو ترفع له عليها متاعه صدقة، والكلمة الطيبة صدقة، وبكل خطوة         تمشيها إلى الصلاة صدقة، وتميط الأذى عن الطريق صدقة

Maksudnya : “Setiap sendi tubuh manusia padanya terdapat sedekah, setiap hari apabila matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang berbalah) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkenderaan lalu engkau bantu dia untuk naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barangnya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju ke masjid untuk solat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan di jalan adalah sedekah.”

Riwayat al-Bukhari (2287) dan Muslim (1007)

 

Hadis ini menjadi asas kepada pendamaian dan hubungan baik sesama muslim. Hubungan yang erat antara sesama muslim mampu untuk membangunkan sebuah masyarakat yang harmoni dalam apa jua urusan di dunia mahupun di akhirat kelak.

 

Isi kandungan hadis :

 

  • سلامىbermaksud setiap tulang dan sendi anak Adam perlu bersedekah.

 

  • Sedekah yang dinyatakan dalam hadis tersebut hanyalah sebahagian daripada sedekah-sedekah dan sebahagian ulama berpendapat bahawa sedekah yang dinyatakan dalam hadis bermaksud sedekah sunat atau galakan sahaja bahkan setiap perkara yang membawa manfaat kepada diri mahupun orang lain juga dianggap sedekah.

 

  • Antara tujuan utama yang ingin dicapai oleh Islam ;

-Menyatukan hati kaum muslimin

-Tegaknya kebenaran sesama mereka

-Utuhnya barisan mereka

-Kemenangan terhadap musuh

Hal ini hanya akan dicapai jika adanya sikap saling membantu dan kerjasama antara satu sama lain.

 

  • Hadis tersebut turut menerangkan dorongan untuk adanya kerjasama sama ada dari segi ucapan mahupun perbuatan.

 

  • Sedekah anggota yang dimaksudkan adalah melalui ucapan lisan yang baik, lemah lembut dan berhikmah.

 

  • Berkata baik dan benar adalah dituntut sama ada sesama muslim mahupun bukan muslim.

 

  • Melangkah menuju ke tempat yang baik adalah satu sedekah.

 

  • Membuang mudarat di jalanan juga merupakan sedekah dan merupakan sedekah yang paling rendah pahalanya berbanding perbuatan-perbuatan yang telah dinyatakan sebelumnya.

 

Sumber rujukan : SYARAH HADIS 40 IMAM NAWAWI & TATMIN AL-KAFI

 

Disediakan oleh :

Nurul Ain binti Mustapa,

Unit Akademik Hal Ehwal Wanita Islam,

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),

Sesi 2019/2020.

(Visited 30 times, 1 visits today)

Comments

comments