Bismillahirrahmanirrahim…

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، اللهم صل وسلم على حبيبنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه الى يوم الدين, أما بعد

 

Memetik Kalam Allah :

 

وَا لْعَصْرِ ۙ

اِنَّ الْاِ نْسَانَ لَفِيْ خُسْرٍ ۙ

اِلَّا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَ عَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ ۙ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Maksudnya :

  1. Demi Masa!
  2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian –
  3. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

(Surah Al-Asr : 1-3)

 

Dalam ayat ini diterangkan tentang kepentingan masa itu sendiri. Semoga pembacaan ini dapat menjadi salah satu daripada aktiviti yang berfaedah kepada para pembaca dalam mengisi masa lapang.

 

Ramadan Bulan Tarbiah

 

Islam adalah agama yang selari dengan fitrah manusia. Asal fitrah manusia adalah suci, tidak terikat dengan keinginan atau keperluan duniawi, berlapang dada serta berjiwa tenang dan tenteram. Hala tuju fitrah itu sendiri selalu menuju kepada penciptanya, tetapi dengan kelemahan yang ada pada diri manusia, hawa nafsu dan godaan syaitan telah mengakibatkan manusia itu menjadi hamba yang sering terlupa untuk bersyukur dalam setiap perkara. Contoh dalam bab makan, kita dibolehkan untuk makan dan minum selagi mana makanan tersebut dari sumber yang halal. Namun, dek bersikap tamak menyebabkan berlakunya pembaziran.

 

Firman Allah S.W.T:

 

يٰۤاَيُّهَا النَّاسُ كُلُوْا مِمَّا فِى الْأَرْضِ حَلٰلًا طَيِّبًا ۖ وَّلَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ ۗ اِنَّهٗ لَـكُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ

Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

(Surah Al- Baqarah : 168)

 

Dan dalam surah lain, Allah SWT berfirman :

 

يٰبَنِيْۤ اٰدَمَ خُذُوْا زِيْنَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَّكُلُوْا وَا شْرَبُوْا وَلَا تُسْرِفُوْا ۚ اِنَّهٗ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِيْنَ

Maksudnya : “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”

(Surah Al-A’raf : 31)

 

Dalam Kitab Ar-Risalah, karangan Imam Syafie ada menyatakan perihal mudharat yang terjadi disebabkan kekenyangan bagi seseorang.

 

“ألن الشبع يثقل البدن ويقسي القلب ويريل الفطنة ويجلب النوم ويضعف عن العبادة”

Maksudnya : “Kerana kekenyangan akan memberatkan badan, mengeraskan(menghilangkan kepekaaan) hati, menghilangkan kecerdasan, menarik rasa kantuk dan melemahkan (seseorang) dalam beribadah”

(Ar-Risalah,1993, juz 10, hal 36)

 

Ramadhan bermaksud panas terik kerana disandarkan kepada cuaca Tanah Arab dibulan tersebut yang kebiasaannya panas terik dan kering. Bulan ini merupakan bulan ke sembilan dalam kalendar Islam dan memberi makna yang besar kepada umat Islam kerana padanya terdapat kewajipan berpuasa dan diturunkan Al-quran. Selain itu, ia dikenali dengan pelbagai nama berdasarkan kelebihan dan keistimewaannya. Antara nama yang sering digunakan ialah Bulan Barakah, Bulan Puasa, Bulan Rahmah, Bulan Keampunan dan sebagainya.

 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Permulaan bulan Ramadhan membawa kerahmatan, pertengahannya keampunan dan kesudahannya pelepasan dari api neraka”.

( Lihat Al-Jami’ al-Saghir, no. Hadith 2815)

 

 

Di antara pengisian atau aktivi yang boleh dibuat pada bulan Ramadhan ialah :

  1. Berpuasa disiang hari
  2. Menghidupkan malam dengan amalan tambahan
  3. Meningkatkan amalan harian
  4. Berzikir
  5. Solat tarawih
  6. Tadarus Al-Quran
  7. Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain
  8. Beriktikaf terutama 10 malam terakhir
  9. Memperbanyakkan sedekah
  10. Memberi makan kepada orang yang berpuasa
  11. Bersahur
  12. Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum
  13. Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat
  14. Menunaikan umrah jika mampu

 

Puasa bermaksud menahan diri. Dari segi istilah pula ialah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari berserta niat. Ia merupakan salah satu dari kewajipan kepada umat Islam dan salah satu daripada rukun Islam. Sekiranya tidak dilaksanakan, maka tidak sempurnalah iman seseorang. Perintah kewajipan ini telah turun pada tahun kedua Hijri kepada setiap individu yang cukup syarat perlaksanaannya. Antara hikmah yang diperoleh orang berpuasa adalah melahirkan sifat taqwa dalam hati mereka.

 

Firman Allah S.W.T :

 

يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْکُمُ الصِّيَا مُ کَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِکُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ ۙ

Maksudnya : “Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

(Surah Al-Baqarah, Ayat 183)

 

Dan firman Allah SWT pada ayat yang lain:

 

شَهْرُ رَمَضَا نَ الَّذِيْۤ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْاٰ نُ هُدًى لِّلنَّا سِ وَ بَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَا لْفُرْقَا نِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَـصُمْهُ ۗ وَمَنْ کَانَ مَرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّا مٍ اُخَرَ ۗ يُرِيْدُ اللّٰهُ بِکُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيْدُ بِکُمُ الْعُسْرَ ۖ وَلِتُکْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُکَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰٮكُمْ وَلَعَلَّکُمْ تَشْكُرُوْنَ

Maksudnya : “(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar Dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaranbdan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”

(Surah Al-Baqarah : 185)

 

Taqwa adalah satu sifat dalam hati manusia yang memerintah seluruh jasad supaya mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya, sehingga hak yang tertegak dalam diri menyebabkan ia berhati-hati melakukan tindakan dalam kehidupan supaya sempurna mengikut perintah Allah dan tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Taqwa juga berperanan dalam menjuruskan manusia untuk beristiqamah dalam melaksanakan

ibadah dan menjadi perisai yang terbaik bagi mencegah seseorang daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Justeru itu, adalah berkewajipan kepada kita untuk mengekalkan diri dalam sifat taqwa dengan latihan berpuasa dibulan Ramadan supaya puasa yang dikerjakan itu tidak sia-sia dan hanya memperoleh lapar dan dahaga sahaja.

 

Firman Allah S.W.T:

 

يٰۤاَ يُّهَا النَّا سُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَآئِلَ لِتَعَا رَفُوْا ۗ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَ تْقٰٮكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ

Maksudnya : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”

(Surah Al-Hujurat : 13)

 

Berpuasa selama sebulan dibulan Ramadan juga dapat mendidik seseorang menjadi hamba yang penyabar kerana puasa itu sendiri akan mengajar seseorang melawan keinginan, hasrat dan segala nafsu yang negatif. Perkara ini bukanlah perkara yang mudah kerana hanya orang kuat imannya sahaja akan berjaya menanganinya. Jihad dalam melawan nafsu ini bertujuan untuk mensucikan diri seseorang hamba itu sendiri. Dari segi perubatan, ia dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. Hal ini terbukti kerana ramai doktor yang bersetuju dengan kesan positif kepada orang yang berpuasa. Ibadah puasa ini mempunyai penilaian yang istimewa dalam pahala dan hukumannya.

 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W :

 

” كل عمل ابن آدم يضاعف الحسنة عشر أمثالها إلى سبعما ئة ضعف قال هللا عز وجل إال الصوم فإنه لى وأنا أجزى به

يدع شهوته وطعامه من أجلى للصيام فحتان فرحة عند فطره وفرحة عند لقاء ربهز ولخوف فيه اطيب عند هللا من ريح

المسك”

Maksudnya : ” Setiap amalan kebaikan yang dilakukan manusia akan dilipatkali gandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Taala berfirman (yang artinya), kecuali amalan puasa tersebut adalah untukku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan ketika berjumpa Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Pada malam-malam terakhir Ramadan, kita diberi satu malam yang besar kurniaannya oleh Allah S.WT. Kelebihannya sangat besar sehinggakan ibadah yang dilakukan pada malam tersebut digandakan dengan kelebihan ibadah seribu bulan. Rasulullah SAW sendiri menghidupkan sepuluh malam yang akhir pada bulan Ramadan bagi mencari Lailatul qadar.

 

Firman Allah S.W.T :

 

اِنَّاۤ اَنْزَلْنٰهُ فِيْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

وَمَاۤ اَدْرٰٮكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ۗ

لَيْلَةُ الْقَدْرِ ۙ خَيْرٌ مِّنْ اَلْفِ شَهْرٍ ۗ

تَنَزَّلُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَا لرُّوْحُ فِيْهَا بِاِ ذْنِ رَبِّهِمْ ۚ مِّنْ كُلِّ اَمْرٍ ۛ

سَلٰمٌ  ۛ هِيَ حَتّٰى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

  Maksudnya :

  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Lailatul-Qadar,
  2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
  3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
  4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
  5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

(Surah Al-Qadr : 1-5)

 

Akhir kata, perbanyakkanlah amalan-amalan kita. Isilah masa lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah. Sesungguhnya dua nikmat yang sering dilupakan manusia adalah nikmat kesihatan dan masa lapang. Manusia yang beruntung adalah manusia yang menghargai masa. Pepatah ada mengibaratkan “masa itu emas”, maka sangat rugilah bagi mereka yang sering membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Semoga kita semua berjaya ditarbiah pada bulan Ramadhan tahun ini menjadi seorang hamba yang bersyukur dan bertaqwa.

Wallahua’lam.

 

 

Rujukan :

  1. Buku Meniti Kehidupan Insan
  2. Kitab Fiqh Empat Mazhab
  3. Kitab Qolyubi Wa Umairah
  4. Buku Fikah Perubatan
  5. 5.https://www.merdeka.com/jatim/10-amalan-bulan-ramadhan-yang-dapat-dilakukan￾selain-puasa-menambah-pahala-kln.html
  6. 6.https://pcnukendal.com/ramadhan-bulan-tarbiyah/
  7. 7.http://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1106-irsyad-al-hadith-siri-ke-82-ramadhan-awalnya-rahmat-pertengahannya-keampunan-dan-akhirnya-pelepasan-dari-ne

 

“Memperkukuh Tarbiyyah, Mengislah Ummah”

“Mahasiswa Bersahsiah, Tunjang Kesatuan”

 

“Berilmu dan Beramal”

 

 

Disediakan oleh :

Nur Maziah Binti Mazlan,

Fasilitator,

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),

Sesi 2019/2020.

(Visited 41 times, 1 visits today)

Comments

comments