Bismillahirrahmannirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW, serta para sahabat dan sekalian pengikutnya.

Seperti yang telah saya nyatakan di dalam kenyataan rasmi Biro Akademik sebelum ini, tahun ini kita bakal menghadapi peperiksaan yang berbeza dengan sebelum ini berikutan pandemik COVID19 yang telah melanda seluruh dunia.

Rentetan itu, sukalah saya untuk mengingatkan para sahabat mahasiswa Al Azhar supaya menyiapkan dan menghantar bahas sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan pihak Universiti Al Azhar.

Berikut merupakan tarikh tamat penghantaran bagi setiap tahun dan fakulti :

IKHWAH

Syariah Islamiah : 16 Jun 2020
Usuluddin : 15 Jun 2020
Bahasa Arab : 16 Jun 2020
Dirosat Islamiah : 18 Jun 2020
Ulum Islamiah : 18 Jun 2020

AKHAWAT

Pengajian Islam : 18 Jun 2020
Ulum Islamiah : 18 Jun 2020

Namun, bagi peperiksaan tahun akhir dan pengajian lain perlulah mengikuti perkembangan pengajian masing-masing.

Di samping itu, sukalah saya untuk mengingatkan kepada semua khususnya ahli KPT supaya meningkatkan tahap penjagaan kesihatan pada musim wabak terutamanya dalam tempoh peperiksaan ini agar tiada masalah kesihatan timbul.

Akhirnya, saya mewakili barisan AJKT dan AJK HEWI KPT, mendoakan semoga kita semua memperoleh kejayaan dunia dan akhirat, In Shaa Allah.

Bittaufiq Wan Najah.

“Generasi Thaqafah, Sinar Kesatuan”
“Mahasiswa Bersahsiah, Tunjang Kesatuan”

“Berilmu dan Beramal”

 

Disediakan Oleh:
Muhammad Munawwir Al-Masyhadi Bin M.Shukrimun
Biro Akademik,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2019/2020.

(Visited 53 times, 1 visits today)

Comments

comments