Sedutan beberapa perjalanan sekitar proses permohonan bantuan Dermasiswa Zakat MAIDAM bagi seluruh pelajar Terengganu Di Mesir.

Antara perjalanan pengurusan Dermasiswa Zakat MAIDAM :

3 Januari 2018
Pengumuman pembukaan permohonan Dermasiswa Zakat maidam.

1 Februari 2018
Perjumpaan khas Jabatan Setiausaha KPT bersama Atase Pendidikan Terengganu Ust Shahruddin Bin Zainal bagi membincangkan pengurusan Zakat.

2 Februari 2018
Pembukaan kaunter serahan borang zakat dari pihak KPT.

22 Mac 2018
Kaunter serahan borang ditutup.

31 Mac 2018
Permohonan Dermasiswa Zakat MAIDAM telah ditutup.

4 April 2018
Kiriman borang ke Malaysia.

11 April 2018
Borang Dermasiswa Zakat telah dihantar kepada pihak MAIDAM.

Sehubungan dengan itu, pihak KPT mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada seluruh pelajar-pelajar Terengganu-Mesir dalam memberi kepercayaan kepada kami dalam menguruskan permohonan ini.

“Keunggulan Syakhsiah, Tunjang Kesatuan”
“Berilmu dan Beramal”

Yang menjalankan amanah,
Jabatan Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2017/2018.

(Visited 132 times, 1 visits today)

Comments

comments