SU (web)

Assalamualaikum w.b.t.

Merujuk kepada Laman Web Rasmi dan Facebook Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM), dimaklumkan bahawa Permohonan Bantuan Dermasiswa / Pendidikan Zakat MAIDAM IPTA/S Dalam dan Luar Negara 2016 telah DIBUKA dan akan DITUTUP pada 31 Mac 2016.

Sehubungan itu, seluruh Mahasiswa/wi Terengganu di Mesir yang berkelayakan diseru untuk mengemaskini atau mengisi permohonan ini mengikut kategori berikut:

– Bagi Pelajar persendirian yang belum pernah mendapat bantuan Zakat IPTA/IPTS Hendaklah mengisi pada ruangan “Permohonan Bantuan Zakat IPTA/S Dalam dan Luar Negara”.
– Bagi Pelajar yang telah mendapat Bantuan Zakat IPTA/IPTS pada tahun lepas hendaklah mengisi pada ruangan “Lanjutan Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara”.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di pautan: http://www.espmb.com/maidam_zakat

InsyaAllah, Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) akan membuka kaunter serahan borang dan dokumen untuk memudahkan seluruh Mahasiswa/wi Terengganu di Mesir. Segala gerak kerja ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bermula 25 Januari 2016.

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung terus kepada:

MAIDAM
Emel : [email protected]
Talian : 09-6303030 samb. Unit Agihan Zakat (Bantuan Zakat IPTA/IPTS)

KPT
Talian :
+20 112 221 9914 / +6 014 518 2602 (Whatsapp) – Muhammad Hazim Hilmi Md Harun
+20 112 172 8789 / ‪+6 014 523 8115‬ (Whatsapp) – Nurul Najwa Mohd Rani

‘Mahasiswa Cemerlang, Kesatuan Dijulang’
‘Berilmu dan Beramal’

Salam Imtihan,

Muhammad Hazim Hilmi Md Harun,
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2015/2016.

(Visited 2,303 times, 1 visits today)

Comments

comments