NPH-WEB

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan Nama Allah yang Maha Yang Maha Mengetahui segala urusan makhlukNya, selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, tabi’ tabi’in serta para pengikut mereka sehingga hari ini.

Mari kita renungi firman Allah yang bermaksud:
“..Dia Mengetahui apa yang dihadapan mereka dan apa yang dibelakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki ..”
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

Selamat menduduki imtihan diucapkan kepada ahli Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) khususnya dan umumnya kepada mahasiswa keseluruhannya. Buatlah persediaan yang rapi supaya tenang di hari peperiksaan. Tempoh yang berbaki beberapa hari lagi menuju imtihan ini mari kita gunakan semaksima mungkin menelaah dan mengulangkaji dengan bijaksana. Misi dan visi untuk najah di dunia mahupun akhirat memerlukan banyak pengorbanan daripada mahasiswa dan mahasiswi lebih-lebih lagi pada darsawarsa akhir zaman ini. Gunakan peluang mood musim imtihan ini sebagai satu lonjakan saujana untuk lebih tekun dan gigih memahami setiap cabang ilmu yang dipelajari.

Jadikan usaha hari ini lebih baik dan lebih bersemangat daripada sebelum ini. Allah tidak sesekali memungkiri janji. Setiap penat lelah penuntut ilmu dihisab disisiNya dan ganjaran buat mereka sangat besar. Namun begitu, sebagai orang beriman dengan qada’ dan qadar Allah mesti berlapang dada dengan natijah yang diraih selepas berusaha dengan sebesar usaha.

Matlamat yang besar adalah untuk mencapai redha Allah. Cita-cita yang perlu digapai pula ialah cemerlang dalam imtihan. Kedua-duanya fokus penting yang perlu diberi perhatian. Semoga kita sama-sama menjadi muallim yang memecahkan tembok kejahilan disekeliling kita. Selaras dengan objektif KPT iaitu membentuk ahli berketrampilan muslim dan berthaqofah yang komited dengan persatuan. Siiru ‘ala barakatillah.

“Mahasiswa Cemerlang, Kesatuan Dijulang”
“Berilmu dan Beramal”

Salam Imtihan,
Salam 1 Fikrah 1 Amal.

Noor Atirah bt Adenan,
Naib Pengerusi HEWI,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2015/2016.

(Visited 102 times, 1 visits today)

Comments

comments