Kaherah, 27 Jan – Baru-baru ini kita  dimaklumkankan  berita kecemerlangan salah seorang daripada warga Malaysia  yang mendapat keputusan  cemerlang di peringkat Sarjana (Master) Universiti Al-Azhar Mesir dalam Fakulti Usuluddin Jabatan Hadis. Terlalu jarang anak Malaysia yang mampu menyambung pembelajaran mereka sehingga ke peringkat ini di bumi Al-Azhar  tetapi insan yang bernama Al-Fadhil Ustaz Helimy Aris anak jati Seremban, Negeri Sembilan ini diantara mereka yang mampu melepasi cabaran  dalam proses menuntut ilmu  sehingga ke peringkat Master di Universiti Al-Azhar.
 
Pihak PMRAM  menghargai kejayaan saudara Al-Fadhil Ustaz Helimy Aris  dengan ucapan sekalung tahniah diatas kejayaan beliau  sehingga mampu meraih pangkat Mumtaz di dalam munaqasyah tesisnya yang diadakan di dewan Syeikh Abdul Halim Mahmud , Fakulti Usuluddin ,Universiti Al-Azhar baru-baru ini.
 
Diatas kejayaan  cemerlang beliau,  pihak PMRAM telah mengadakan satu majlis penghargaan sebagai satu  penghargaan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang di dalam  pelajaran mereka seterusnya membuktikan peranan PMRAM sebagai persatuan induk yang menjaga perihal kebajikan anak Malaysia di Mesir.
 
Beliau sempat berkongsi jerih-perih di dalam proses menuntut ilmu sehingga membuahkan kecemerlangan yang dapat beliau petik sekarang. Jangka masa sepuluh tahun untuk menyelesaikan  tesis  di peringkat Master di Universiti Al-Azhar bukanlah satu jangka masa yang pendek  bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang pengetahuan. Apatah lagi terpaksa berulang-alik antara Mesir dan tanah air dalam jangka tempoh tersebut. Pengorbanan yang ditunjukkan  dalam bukan mudah dan memerlukan keinginan yang bersungguh-sungguh demi melestarikan kejayaan yang ingin dicapai.
 
Pihak PMRAM menyampaikan sedikit cenderahati berupa sijil penghargaan serta saguhati kenang-kenangan  kepada Al-Fadhil Ustaz Helimy  Aris sebagai anugerah kecemerlangan beliau. Selain itu, ia merupakan salah satu tanda komitmen peringkat PMRAM didalam menjayakan agenda keilmuan  sama ada diperingkat ahli mahupun pimpinan.
 
PMRAM menyeru kepada seluruh  warga Malaysia agar memperkasakan diri dari aspek keterlibatan didalam kesatuan,  penguasaan thaqafah dan keilmuan selaras dengan tema pembawakan PMRAM pada sesi ini ‘Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan.”
 
Kita PMRAM mendoakan agar beliau lebih maju di masa akan datang dalam bidang pengajian serta dapat memartabatkan bidang ilmu dengan lebih cemerlang ke peringkat seterusnya. Kita PMRAM mengharapkan agar mahasiswa dan mahasiswi di sini sama ada di peringkat pengajian Islam dan sains kesihatan terus berusaha bagi mencapai cita-cita masing-masing serta menjadikan beliau sebagai contoh bagi meraih kejayaan hingga ke peringkat tertinggi. 
 
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
(Visited 134 times, 1 visits today)

Comments

comments