razi

KAHERAH, 25 September 2015:- Serahan sumbangan kepada adik Amina Binti Mohd Razi daripada Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri (BKAN) berjumlah LE 1684.75.

Sumbangan ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2014/2015, saudara Ahmad Waliyuddin bin Johari sebagai wakil Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri.

Turut hadir dalam penyerahan sumbangan tersebut ialah Ketua Biro Kebajikan KPT Mesir, saudara Mohd Ariff bin Embong dan dua orang ahli KPT.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan lagi kos pembayaran adik Amina dan dipermudahkan segala urusan.

“Bersama Kekalkan Kesatuan”

“Berilmu dan Beramal”

(Visited 56 times, 1 visits today)

Comments

comments