.بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين

Pertama, saya mengajak diri saya dan semuanya. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah taala dan ucapkan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda sehingga hari kiamat .

Menyokong kenyataan sebelum ini yang telah dikeluarkan diperingkat Jabatan Yang Dipertua Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) berhubung penularan wabak Covid-19 ini adalah supaya sama-sama kita mengamalkan solat sunat hajat dan melazimi bacaan qunut nazilah setiap kali solat fardhu.

Jika diteliti lembaran sejarah Islam, Wabak sebegini telah pun ada sewaktu zaman Rasulullah, namun namanya berbeza. akan tapi jika kita lihat ada beberapa persamaan yang perlu kita belajar dari apa yang diajar oleh Rasulullah .

Sewaktu musibah wabak taun ini, antara pendekatan yang drastik diambil oleh Nabi sendiri ialah orang luar tidak boleh memasuki wilayah yang dilanda wabak itu dan sebaliknya yang berada di wilayah itu tidak boleh keluar ke wilayah lain .

Jika disemak ada hadis berkaitan ini, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Nabi SAW bersabda :

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

“Apabila kamu mendengar (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (HR Muslim)

Kemudian antara yang boleh disebut lagi, merujuk kepada hadis nabi yang lain. Ada juga Nabi menyebut supaya mencegah daripada penyakit berjangkit ini. Ianya jelas disebut oleh Nabi SAW dalam sebuah hadis juga diriwayatkan oleh Imam Muslim :

عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا عَدْوَى وَيُحَدِّثُ مَعَ ذَلِكَ لَا يُورِدُ الْمُمْرِضُ عَلَى الْمُصِحِّ

“Daripada Ibnu Syihab; telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin ‘Abdur Rahman dia mendengar Abu Hurairah RA berkata; Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak ada penyakit yang menular secara sendirian.’ Juga baginda bersabda: Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.”

Juga diajar kepada kita satu doa daripada nabi. Yang mana doa ini kata nabi, sesiapa yang membaca 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang dijanji oleh nabi ianya terpelihara daripada musibah ataupun sebarang kemudaratan yang akan menimpanya.

سْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم

“Dengan nama Allah yang dengan namaNya, tidak ada satupun yang dapat memberi kemudharatan di langit mahupun di bumi. Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui” (HR Abu Daud)

Ini membuktikan kepada kita semua, perlunya ada langkah-langkah atau usaha yang perlu diambil untuk menangani ataupun memelihara diri kita daripada wabak sebegini

Firman Allah Taala:

(قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”. (Surat At-Tawbah : 51)

Baik musibah ataupun malapetaka yang berlaku pastinya ada hikmah. Allah datangkan sesuatu pasti ada sebab. Jauh pada jangkauan manusia namum tidak mustahil bagi Allah. Disinilah sama-sama kita merenung diri kita, bagaimana responsif kita dengan musibah ini. Adakah kita segera perbaiki amalan kita? Ataupun masih pada tahap yang sama? Tepuk dada tanya iman.

Seoramg ulama’ ada menyebut :

الصيبة اذا لم تقربك الى الله فهي مصيبتان

“Apabila satu musibah itu tidak mendekatkan engkau kepada Allah, maka ia adalah dua musibah.”

Bukan masa untuk menunding siapa yang mula-mula pembawa semua ini. Perlu diingat andai kita tidak memberi peringatan ianya sama seperti si pembuat.

Marilah sama-sama kita muhasabah, kembali kepada Allah, perbanyakkan amalan, lazimi bacaan qunut nazilah baik dalam solat sunat mahupun solat fardhu. Kita memohon kepada Allah moga bala dan wabak ini diangkat dan Allah pelihara kita semua.

ََاَلَّلهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْغَلَاءَ وَالْبَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْفَحْشَاءَ وَالْمُنكَرَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ

“Ya Allah, jauhilah kami dari kesusahan, bala, wabak, perkara keji dan kemungkaran apa yang zahir dan apa yang tersembunyi daripada perkara-perkara ini”.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

“Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk”.

MOGA KITA SEMUA BERADA DI BAWAH LINDUNGAN ALLAH SWT. AAMIIN YA RABBAL ‘AALAMIN.

Disediakan Oleh:-
Biro Dakwah,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2019/2020.

(Visited 74 times, 1 visits today)

Comments

comments