ubs
(رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ ۖ فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي ۖ وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ)
[Surah Ibrahim 36]

Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat)

*Intisari ayat.*

*1)* Ayat di atas adalah kata-kata nabi ibrahim kepada Allah.

*2)*Jika diperhati pada lafaz (siapa yang menurutku maka ia adalah dari golonganku.Dan sesiapa yang menyalahi agamaku maka sesungguhnya ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHI),kita boleh lihat rahmatnya Para Nabi terdahulu dalam dakwah.

*3)*Jika diperhatikan ayat ini ketika sampai pada ayat (فمن تبعني فإنه مني) ,dan ketika menyambung (فمن عصاني) tentulah lazim akan berlaku lawannya dengan berbunyi (فليس مني) berlawanan dengan ayat sebelumnya.Tapi tidak,nabi ibrahim membalas dengan doa kepada mereka,bukan menjauhkan mereka darinya.

*Pengajaran*

*1)*Apabila kita berdakwah,jika mad’u tersebut menolak dakwah kita,janganlah kita menghukumnya dengan kata-kata kesat kerana ianya akan menjauhkan lagi dirinya dari agama.

*2)*Setiap kejahatan yang dilakukan kepada kita,balaslah dengan doa agar Allah memberi hidayah kepadanya.

*3)*Sentiasa sabar dan ingat bahawa kerja kita ialah dakwah,tetapi hidayah adalah dari Allah.

*”Dakwahlah dengan memberi ILMU kepada yang jahil,dan KESEDARAN kepada yang alim”.*

 

UNIT BIAH SOLEHAH

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) sesi 2015/2016

(Visited 57 times, 1 visits today)

Comments

comments