SOLAT HAJAT DAN MAJLIS KHATAM HADIS 40 IMAM AN NAWAWI SEMPENA ULANG TAHUN KPT KALI KE 56

Bismillahirrahmannirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta para sahabat dan sekalian pengikutnya.

27 Februari 1964 adalah tarikh keramat bagi seluruh warga Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir yang merupakan tarikh tertubuhnya sebuah kesatuan induk mahasiswa Islam bagi seluruh anak-anak Terengganu yang berada dibumi Mesir. Saban tahun kita menyambut hari ulang tahun ini dengan pelbagai aktiviti yang diadakan bagi menghayati pengorbanan dan kesungguhan generasi terdahulu demi menjaga survival KPT hingga ke hari ini.

Bertepatan dengan tarikh bersejarah hari ini, maka genaplah usia KPT yang ke 56 tahun berdiri dengan gahnya sebagai anak sulong Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Bersempena dengan hari ulang tahun KPT kali ke 56, Biro Dakwah akan menganjurkan Solat Sunat Hajat Perdana dan dalam masa yang sama Biro Akademik dibawah seliaan Medan Ilmu’20 akan membawakan satu majlis Khatam Hadis 40 Imam An Nawawi yang akan disampaikan oleh salah seorang Muhaddis Mesir Al Fadhil Syeikh Rif’at Fauzi Abdul Mutalib pada malam ini.

Sebagaimana tertera pada iklan Daurah Medan Ilmu’20 yang telah dimaklumkan bahawa pengajian ini akan diadakan sebanyak tiga kali. Akan tetapi berlaku sedikit perubahan atas permintaan Pengisi untuk menghabiskan pengajian pada malam ini.

Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh mahasiswa khususnya warga KPT untuk sama-sama hadir memenuhi dewan pada malam yang cukup bermakna ini.

Akhirnya, saya mewakili barisan AJKT dan AJK HEWI KPT, mengucapkan selamat Ulang tahun KPT kali ke 56.

Semoga bahtera yang telah dibina sekian lama ini terus belayar menabur jasa dan bakti demi mencapai redha Ilahi.

Siiru ala barakatillah.

“Generasi Thaqafah, Sinar Kesatuan”

“Mahasiswa Bersahsiah, Tunjang Kesatuan”

Berilmu dan Beramal

#BersamaBersatu
#Satu_Fikrah_Satu_Amal

Yang Benar

Muhammad Munawwir Al-Masyhadi Bin M.Shukrimun
Ketua Biro Akademik
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT)
Sesi 2019/2020

(Visited 39 times, 1 visits today)

Comments

comments