Assalamualaikum w.b.t…

Pilihan Raya bagi memilih Ahli Jawatankuasa Tadbir setiap sesi adalah sebahagian agenda tahunan yang perlu dilaksanakan sebagaimana menurut Fasal 2, Bab Keempat Undang-undang Tubuh Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (pindaan 2009). Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai jawatankuasa bebas diperlukan bagi mengendalikan pilihan raya ini.

Oleh itu, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir pada awal September telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menubuhkan SPR seterusnya melantik Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi sesi 2015/2016.

Pengarah : Mohd Sayuti bin Mohd Safien (+20 127 3180 896)

Timbalan Pengarah : Nur Ruqayyah binti Ahmad (+20 111 5044 129)

Berikut dinyatakan juga seluruh Ahli Jawatankuasa SPR KPT yang telah dilantik.. Semoga gerak kerja SPR pada sesi ini berjalan lancar dan mendapat inayahNya.

Terima kasih.

“Mahasiswa Cemerlang, Kesatuan Dijulang”

“Berilmu dan Beramal”

Yang benar,

(MUHAMMAD HAZIM HILMI BIN MD HARUN)
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2015/2016.

 

14359901_1086893074712638_1396737573_o

(Visited 68 times, 1 visits today)

Comments

comments