KENYATAAN RASMI PENGARAH SPR KPT 2015/2016

pengarah-spr

Assalamualaikum…

Setelah empat hari bekerja bermula 20 September 2016 yang lalu, pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) telah membuka Borang Pencalonan untuk jawatan Yang Dipertua, Ahli Jawatankuasa Tadbir dan AJK HEWI KPT.

Setelah membuat penilaian, pihak SPR telah membuat keputusan untuk membuka kembali tempoh pembelian Borang Pancalonan AJK HEWI sepertimana berikut:-

Tarikh                   : 25 September 2016 (Ahad)
Masa                     : 1.00 petang hingga 3.00 petang (2 jam sahaja)
Tempat                 : Rumah 102, Kompleks Darul Iman, Hayyu Asyir

Berkenaan Hari Penamaan Calon, pihak SPR telah membuat keputusan akan membuka Bilik Operasi sempena Hari Penamaan Calon dan proses serahan borang sepertimana berikut:-

  1. Hari Penamaan Calon AJK HEWI KPT:
    Tarikh                    : 25 September 2016 (Ahad)
    Masa                     : 3.00 petang hingga 6.00 petang (3 jam sahaja)
    Tempat                 : Rumah 102, Kompleks Darul Iman, Hayyu Asyir
  1. Hari Penamaan Calon Yang Dipertua dan AJKT KPT:
    Tarikh                    : 25 September 2016 (Ahad)
    Masa                     : Sesi Pagi – 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
    Sesi Petang – 1.00 petang hingga 4.00 petang
    Tempat                 : Rumah 101, Kompleks Darul Iman, Hayyu Asyir

Kepada pencadang dan penyokong diharap bersiap sedia dan hadir bersama calon beserta dengan Borang Pencalonan yang telah diisi dengan lengkap.

Senarai calon akan diumumkan setelah selesai Hari Penamaan Calon. Pihak SPR akan membuka Hari Bantahan Calon selama 6 jam sepertimana maklumat berikut:-

Tarikh                   : 26 September 2016 (Isnin)
Masa                     : Sesi Pagi – 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Sesi Petang – 1.00 petang hingga 4.00 petang
Tempat                 : Rumah 101, Kompleks Darul Iman, Hayyu Asyir

Sebarang makluman atau perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Segala permasalahan yag berkaitan, sila rujuk Pengarah atau mana-mana pegawai SPR yang dilantik.

Sekian,terima kasih.

“TELUS, AMANAH & BERSIH”
“BERILMU DAN BERAMAL” 

 

Hormat dari saya,
MOHD SAYUTI BIN SAFIEN
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2015/2016.

 

(Visited 127 times, 1 visits today)

Comments

comments