Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi, selawat dan salam buat Rasul junjungan, ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi’ tabi’in dan seluruh para pejuang Islam sepanjang zaman.

Seperti mana yang telah dimaklumkan, kaunter penghantaran borang zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Jabatan Setiausaha Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) Sesi 2019/2020 telah ditutup pada 25 Mac 2020, akan tetapi pihak kami akan membuka satu hari sahaja lagi kaunter penghantaran borang zakat MAIDAM pada 31 Mac 2020 (Selasa) berikutan terdapat sebahagian ahli masih belum menyelesaikan urusan.

Sehubungan dengan itu, penghantaran borang zakat MAIDAM boleh dibuat di Bilik 302 (Ikhwah) dan Bilik 302 (Akhawat), Aras 3, Kompleks Darul Iman, Hayyu Asyir pada waktu berikut:

Ikhwah: (31 Mac 2020)
Jam 2.00 p.m. hingga 5.00 p.m. dan 8.30 pm hingga 10.00 pm

Akhawat: (31 Mac 2020)
Jam 2.00 pm hingga 10.00 pm

Pemohon hendaklah mengisi segala maklumat borang dengan tepat dan memastikan semua lampiran mencukupi serta mendapat pengesahan dari Pegawai Atase Pendidikan Negeri Terengganu sebelum menghantar borang tersebut. Pihak KPT tidak akan bertanggungjawab atas kecuaian dan kesalahan pemohon.

Pihak Jabatan Setiausaha Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir memohon maaf kerana tidak dapat melanjutkan lagi tarikh pembukaan kaunter penghantaran borang zakat MAIDAM disebabkan perintah kawalan pergerakan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19. Penghantaran borang zakat MAIDAM melalui KPT selepas tarikh yang telah ditetapkan tidak akan diterima dan boleh menghantar borang tersebut di pejabat MAIDAM secara persendirian.

Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor berikut:

Umar Mukhlis bin Nazri
(Setiausaha KPT Sesi 2019/2020)
+201117376913 (call)
+601119442497 (whatsapp)

Mohamad Farhanul Abidin bin Nordin
(Naib Setiausaha KPT Sesi 2019/2020)
+201060536297 (call & whatsapp)

Siti Aishah binti Sudin
(Setiausaha HEWI KPT Sesi 2019/2020)
+201124110821(call & whatsapp)

Muhammad Nur Adli Najmuddin bin Mukhtar
(Yang Dipertua KPT Sesi 2019/2020)
+201012732068 (call & whatapp)

Nurul Robiatul Hidayu binti Azlin
(Naib Pengerusi HEWI KPT Sesi 2019/2020)
+201128721204 (call & whatsapp)

 

“Pengurusan Sistematik, Pemacu Kecemerlangan”
“Mahasiswa Bersahsiah, Tunjang Kesatuan”

“Berilmu dan Beramal”

 

Disediakan oleh:
Umar Mukhlis bin Nazri
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT)
Sesi 2019/2020

(Visited 69 times, 1 visits today)

Comments

comments