Bismillahirrahmannirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta para sahabat dan sekalian pengikutnya.

Disini terdapat beberapa perkara yang ingin saya nyatakan kepada seluruh mahasiswa/wi:

Pertama, adalah berkaitan dengan persediaan bagi menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Dan seterusnya, berkaitan persediaan kewangan bagi menyambut kedatangan Pesta Buku Antarabangsa yang bertempat di Kaherah bermula pada akhir Januari.

Kemuncak semester pertama yang bakal berlangsung pada awal Januari turut menandakan peperiksaan fasa pertama bagi jurusan pengajian Islam al-Azhar akan bermula. Tempoh peperiksaan tersebut secara rasminya adalah pada awal Januari dan akan berakhir sebelum kedatangan bulan Februari.

Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh mahasiswa/wi di Pelembahan Nil khususnya kepada anak Terengganu serta ahli KPT :

  1. Sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan berdoa dan bermunajat.
  2. Sertai kelas tutorial yang telah disediakan KPT dan MG BKAN disamping mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan.
  3. Selesaikan segala urusan pengkuliahan dan visa.
  4. Menjaga kesihatan dengan baik.
  5. Menjaga hubungan dengan sahabat sekeliling.

Seterusnya, iaitu berkenaan persediaan bagi menyambut kedatangan Pesta Buku Antarabangsa Kaherah kali-51 yang akan diadakan di Egypt International Exhibition Center bermula pada 22 Januari dan berakhir pada 4 Februari 2020.

Ia merupakan Pesta Buku terbesar di benua Afrika dan sangat dinanti-nantikan ramai terutama para mahasiswa dari seluruh dunia.

Oleh itu, sukalah saya menyarankan serta menasihati agar para mahasiswa/wi membuat persediaan dengan menyimpan kewangan untuk ke Pesta Buku akan datang.

Sebelum mengakhiri kenyataan ini, saya mewakili barisan AJKT dan AJK HEWI KPT mengucapkan selamat menempuh peperiksaan tidak lama lagi. Kami mendoakan agar kita semua memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.

Semoga dengan usaha yang disertai doa dan tawakal kepada Allah menatijahkan keputusan yang terbaik buat kita bersama.

Bittaufiq Wan Najah.

“Study Mangak Result Kemah”
“Generasi Thaqafah, Sinar Kesatuan”
“Mahasiswa Bersahsiah, Tunjang Kesatuan”

Berilmu dan Beramal

Yang Benar,
Biro Akademik
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT)
Sesi 2019/2020

(Visited 167 times, 1 visits today)

Comments

comments