KAHERAH, 1 FEBRUARI 2014– Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2013/2014 di bawah seliaan Biro Kebudayaan, Kesenian & Sukan KPT Mesir sesi 2013/2014 telah mengadakan program “Winter Futsal” bertempat di Padang Nadi Syabab Musallas,Kaherah. Program bermula pada jam 8.00 pagi dimulai dengan pembukaan majlis,senaman ringan dan pembahagian kumpulan dan perlawanan Winter futsal bermula. Perlawanan berakhir pada 10.00 pagi dan diteruskan dengan majlis penutup. Majlis penutup dimulai dengan ucapan Yang Dipertua Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2013/2014, Saudara Mohd Waliyuddin bin Johari. Ucapan beliau telah menyentuh perihal ukhuwah Islamiah dikalangan ahli agar dieratkan lagi agar Kesatuan ini dapat berdiri dengan lebih kukuh. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kerana memberi komitmen bagi menjayakan program yang telah dilakukan oleh Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir(KPT). Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil Badan Pengurus PMRAM saudara Muhammad Amri Bin Omar . Didalam ucapan beliau, beliau telah menegaskan bahawa mahasiswa Islam perlu memelihara ikatan ukhuwah Islamiah umpama satu binaan yang kukuh agar kesatuan yang telah dibina sejak dahulu lagi semakin utuh demi kelangsungan generasi Islam akan datang.

    Akhirnya, pihak KPT Mesir selaku persatuan induk mahasiwa-mahasiswi Islam Terengganu mengharapkan agar semua ahli KPT Mesir sentiasa menjalinkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain agar mampu menghasilkan komuniti yang terus mendokong serta bekerja untuk Islam.

“MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN”

“BERILMU DAN BERAMAL”

Disediakan oleh :

AHAMAD SYARIFUDDIN BIN ADNAN
Biro Dakwah,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2013/2014.

 

(Visited 27 times, 1 visits today)

Comments

comments