1) Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengeluarkan senarai nama penerima Dermasiswa dan Bantuan Pendidikan MAIDAM bagi sesi 2014 . Senarai penerima boleh disemak dengan memuat turun fail dibawah :-

Senarai Nama Penerima Dermasiswa & Bantuan Pendidikan MAIDAM 2014

atau dengan membuat semakan status permohonan pada pautan berikut :-

Semakan Status Permohonan 2014

2) Senarai yang dikeluarkan adalah senarai permohonan yang telah DILULUSKAN. Bagi permohonan yang GAGAL, pihak  MAIDAM akan memaklumkannya melalui kiriman email secara terus kepada pemohon.

3) Urusan kemasukan wang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

4) Sebarang permasalahan boleh berhubung terus kepada pihak MAIDAM melalui Encik Ahmad Sofi pada talian (+609-630 3030 sambungan 3021)

ABDUL MANAFF BIN GHANI
Jabatan Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2013/2014.

 

(Visited 1,394 times, 1 visits today)

Comments

comments