YDP11-12 - web1

Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa Borang Pemohonan Bantuan Dermasiswa Zakat MAIDAM Sesi 2015 secara online (http://www.espmb.com/maidam_zakat/) akan dibuka bermula 15 Januari 2015 sehingga akhir Mac 2015.

Kepada mahasiswa/wi persendirian yang belum pernah menerima bantuan Dermasiswa, sila klik PERMOHONAN BANTUAN. Manakala mahasiswa/wi yang telah menerima bantuan dermasiswa pada tahun lepas, klik pada LANJUTAN PERMOHONAN.

Sebarang makluman lanjut, berkaitan Pemohonan Bantuan Dermasiswa Zakat MAIDAM 2015 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Web Rasmi KPT Mesir : http://www.infokpt.com.

Sebarang permasalahan, sila rujuk kepada  :-

  1. Setiausaha KPT Mesir, Saudara Mohamad Hanif Bin Abdullah [+20120 137 2118]
  2. Setiausaha HEWI KPT Mesir, Saudari Siti Nur Safinah Binti Bahari [+20111 558 1667]

Semoga makluman ini, diambil perhatian sewajarnya bagi memudah dan melicinkan pengurusan. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

“BERILMU DAN BERAMAL”

 

Saya yang menjalankan amanah,
MOHAMAD HANIF BIN ABDULLAH
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2014/2015.

(Visited 8,092 times, 1 visits today)

Comments

comments