Assalamualaikum w.b.t.

 

Merujuk kepada Laman Web Rasmi dan Facebook Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM), dimaklumkan bahawa Permohonan Bantuan Dermasiswa / Pendidikan Zakat MAIDAM IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara 2018 telah DIBUKA dan akan DITUTUP pada 31 Mac 2018.

Sehubungan itu, seluruh Mahasiswa/wi Terengganu di Mesir yang berkelayakan diseru untuk mengemaskini atau mengisi permohonan ini mengikut kategori berikut :

– Bagi Pelajar persendirian yang belum pernah mendapat bantuan Zakat IPTA/IPTS Hendaklah mengisi pada ruangan “Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara”.

– Bagi Pelajar yang telah mendapat Bantuan Zakat IPTA/IPTS pada tahun lepas hendaklah mengisi pada ruangan “Lanjutan Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara”.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di pautan: http://www.espmb.com/maidam_zakat

InsyaAllah, Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) akan membuka kaunter serahan borang dan dokumen untuk memudahkan seluruh Mahasiswa/wi Terengganu di Mesir. Segala gerak kerja ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bermula 20 Januari 2018.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada :

MAIDAM
Emel : [email protected]
Talian : 09-6303030 samb. Unit Agihan Zakat (Bantuan Zakat IPTA/IPTS)

Atase Pendidikan Negeri Terengganu
Talian :
+20 109 359 5013
Ust Shaharuddin Bin Zainal

KPT
Talian :
+20 101 429 7856
Mohd Syahril Bin Zakaria
(Setiausaha)

+20 111 8598426
Asma’ Binti Mohd Daik
(Setiausaha HEWI)

“Keunggulan Syakhsiah, Tunjang Kesatuan”
“Berilmu dan Beramal”

Salam Imtihan,

Mohd Syahril Bin Zakaria,
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2017/2018.

(Visited 1,280 times, 1 visits today)

Comments

comments