12583806_1036972926355150_571286443_n 

Antara tarikh yang dinanti-nantikan oleh penuntut ilmu di Mesir khususnya adalah pada 27 Januari hingga 10 Febuari nanti. Yang mana tarikh tersebut akan berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kaherah 2016 kali ke 47.

Pesta Buku Antarabangsa Kaherah adalah merupakan pesta buku terbesar di Timur Tengah, malah pada 2006 menduduki ranking kedua terbesar di dunia selepas Pesta Buku Frankfurt, Jerman. Beratus-ratus maktabah dari luar mahupun tempatan yang akan menyertai pesta buku terbesar ini.

Sudah pasti penuntut ilmu perlu merancang dengan teliti sebelum mengunjungi pesta buku tersebut agar peluang yang ada dimanfaatkan semaksimum mungkin. Risalah ini sekadar secebis panduan dan hadiah daripada Markaz Pengumpulan Kajian & Hasilan Penyelidikan (MANHAL) dibawah Biro Akademik KPT Mesir kepada penuntut ilmu sekalian menjelang pesta buku yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Tips-Tips Penting

Pembelian buku sebenarnya adalah bergantung kepada keadaan seseorang penuntut ilmu terebut. Sekiranya sudah ahli dan sudah lama dalam menuntut ilmu, maka ia bebas untuk membeli apa saja yang bermanfaat untuknya. Namun sekiranya masih baru dan masih di peringkat permulaan dalam menuntut ilmu, maka tidaklah wajar untuk bebas membeli buku sesuka hati tanpa bimbingan. Sebaliknya ada beberapa noktah penting yang perlu diberi perhatian:

  1. Mengutamakan kitab-kitab yang bersesuaian dengan tahap ilmunya dan berkaitan dengan silibus pembelajaran, pengajian talaqqi atau bidang yang diambil/diminatinya.

 

  1. Meminta bimbingan guru dan seniornya dalam pembelian buku yang bermanfaat dan muktamad.

Ini kerana tanpa bimbingan, dibimbangi akan terjerumus dalam pembaziran dek membeli buku-buku yang tidak bermanfaat dan tidak sesuai untuknya. Ataupun buku-buku yang penuh dengan kesilapan dan jatuh teks-teksnya kerana bukan merupakan cetakan berserta tahqiq yang baik.

Berkata al-Allamah as-Syaikh ‘Alawi bin Ahmad as-Saqqaf al-Makki r.a (w1335h) di dalam al-Fawaid al-Makkiyah:

Alat dalam menimba ilmu ada 4:

  1. Syaikhun Fattah: Guru yang membuka dan membimbing jalannya
  2. ‘Aqlun Rajjah: Akal yang cerdas dan mampu untuk memahami
  • Kutubun Sihah: Kitab-kitab yang sahih dan muktamad
  1. Mudawamah wa Ilhah: Berterusan dan bersungguh-sungguh (hlm. 76)

 

Beberapa pesanan dalam membeli buku di ma’ridh:

  1. Utamakan maktabah-maktabah luar negara yang nadīr (rare) dan tiada di Mesir (Kerana maktabah yang sudah ada di Mesir boleh didapati bila-bila masa). Kategori kitab nadīr pula boleh dibahagikan kepada dua; isdarāt (Keluaran) terbaru dan di azbakiyā (kitab-kitab terpakai). Kebiasaannya kitab azbakiyā berada di pintu masuk Solah 19.

 

  1. Strategi pembelian yang bijak: Jika peruntukan tidak banyak bagi mubtadi’, utamakan kitab-kitab nadīr yang mampu dibaca, kitab-kitab asas ilmu mubtadi’ yang diperlukan, kitab-kitab pengajian talaqqi, dan yang bersesuaian dengan tahap ilmu diri.

 

Elakkan terus membeli kitab berjilid-jilid untuk permulaan kerana masih tidak memerlukan dan tidak mampu membacanya segera. Melainkan sekiranya mampu dan mempunyai peruntukan yang banyak. Jangan sampai membeli kitab yang berjilid-jilid sehinggakan tidak mampu lagi membeli kitab asas, matan-matan, syarah dan kitab yang lebih penting dan utama bagi peringkat ilmunya.

 

  1. Pastikan bertanya dan memohon bimbingan masyaikh atau senior yang ahli dalam cetakan-cetakan yang bagus bagi kitab yang ingin dibeli.

 

  1. Elakkan membeli di maktabah-maktabah yang tidak muktamad dan tidak terkenal akan mutu percetakannya seperti:

 

  • Maktabah Taufiqiyah
  • Maktafah as-Sofa
  • Maktabah Darul Ghod al-Jadid
  • Darul Kutub Ilmiah (Kitab-kitab kotemporari tidak mengapa)

Ini kerana, maktabah tersebut kurang amanah dalam menerbitkan dan mencetak karya-karya turath. Banyak kesilapan seperti teks-teks yang hilang dan lari dari nas asal sehingga menyebabkan salah faham makna. Ianya adalah suatu jenayah ilmiah. Oleh kerana itulah harga-harganya agak murah. Jauhilah maktabah-maktabah yang tidak mementingkan kualiti percetakan dan mutu ilmiah, mereka hanya sekadar meraih keuntungan perniagaan semata-mata.

  1. Perlu merancang dengan teliti pembelian kitab. Jangan habiskan duit terlalu awal di hari pertama atau kedua dengan memborong semua kitab sekaligus. Kecuali kitab yang dibimbangi kehabisan dan tidak dapat diperolehi pada hari yang berikutnya.

 

Bertenang, dan cuba senaraikan kitab yang dinginkan. Kemudian apabila pulang ke rumah, buat penilaian mengikut awlawiyyat dari sudut keperluan dan kesesuaian peruntukan yang kita ada. Kemudian, buat perkiraan yang matang sebelum kembali mendapatkan kitab-kitab tersebut pada keesokan harinya.

 

Maktabah dan Muhaqqiq Kitab Yang Dicadangkan

  • Antara Maktabah-maktabah (moden) yang harus diutamakan

Kebiasannya di Ma’ridh, maktabah-maktabah yang popular dan bagus berada di Solah 19 dan khemah Almania ب dan ..أ (berdekatan dengan masjid).

Di sini disenaraikan beberapa maktabah popular dan mempunyai mutu percetakan yang baik secara umum. Posisi maktabah secara terperinci di ma’ridh akan diberikan sewaktu ma’ridh insyaAllah kerana boleh jadi ianya berubah-ubah.

  1. Turath Umum
  • Darul Minhaj
  • Darul Basyair (دار البشائر)
  • Darul Dhiya’
  • Darul Basoir
  • Darul Ma’arif
  • Darul Qolam
  • Dar Ibnu Kathir
  • Darul Kasyidah
  • Darul Ihsan
  • Darul Faqih
  • Darul Fath
  • Darul Nur al-Mubin
  • Maktabah al-Khanji (مكتبة الخانجي)
  • Darul Faiha’ (دار الفيحاء)
  • Darul Nawadir
  • Darul Soleh
  • Darul Faruq
  • Maktabah Nahdhah Misr
  • Muassasah Risalah
  • Maktabah Matbu’at Islamiah
  • Maktabah Azhariyah
  • Darul Kutub al-Misriyyah
  • Maktabah al-Asriyyah
  • Darul Sodir
  • Dar Ibn Hazm
  • Darul Nafais (دار النفائس)
  • Maktabah Arwiqah ( أروقة)
  1. Lughah
  • Maktabah al-Adab
  • Muassasah Mukhtar
  • Maktabah al-Khanji
  • Darul Quds al-Arabi
  • Darul Afaq al-Arabiyah
  • Darul Tholaai’ (دار الطلائع)
  1. Al-Quran dan Qiraat
  • Darul Sohabah
  • Darul Mahir bil Quran
  1. Hadis
  • Jam’iyyah Maknaz Islami
  • Darul Hadis al-Kattaniyah
  • Darul Wafa’
  • Dar ‘Alam al-Kutub (دار عالم الكتب)
  • Darul Ma’rifah
  • Darul Gharb al-Islami Tunis
  1. Aqidah
  • Darul Basoir
  • Darul Maarif
  • Darul Nurul Mubin
  • Darul Fath
  • Darul Ihsan
  1. Fekah – Maqasid
  • Darul Mustafa (Damsyik)
  • Darul Faiha’
  • Darul Minhaj
  • Darul Kalimah
  • Muassasah Furqan Li at-Turath al-Islami
  1. Tasawuf
  • Darul Karaz
  • Darul Muqattam
  • Maktabah at-Thaqafah ad-Diniyah (مكتبة الثقافة الدينية)
  • Darul Ihsan
  • Dar Nil/Sozler
  1. Lembaga-lembaga ilmiah dan kementerian wakaf
  • Darul Kutub wal Wathaiq al Qoumiyyah (Mesir)
  • Al-Majlis al-A’la li as-Syu’un al-Islamiyah (Kementerian wakaf Mesir)
  • Al-Hai’ah al-Misriyyah al-Ammah lil kitab/ Maktabah al-Usrah
  • Al-Markaz al-Qoumi li at-Tarjamah (Mesir)
  • Dairah Syu’un al-Islamiyah Wal Amal Khairi (Dubai)
  • Rabitah Muhammadiah lil Ulama (Morocco)
  • Wizarah Awqaf wa As-Syuun Islamiah (Kuwait)
  • Wizarah Awqaf wa as-Syuun Islamiah (Qatar)

 

 

 

  • Antara para muhaqqiq kitab turath yang bagus dan diutamakan:

 

  • As-Syaikh Muhyiddin Abdul Hamid al-Azhari (Lughah/Hadis/Aqidah/Sejarah/Umum)
  • As-Syaikh Muhammad Zahid al-Kauthari (Hadis/Aqidah/Sejarah/Fekah)
  • As-Syaikh Abdus Salam Harun (Lughah)
  • As-Syaikh Mahmud Syakir (Lughah)
  • As-Syaikh Ahmad Syakir (Hadis/Fekah)
  • As-Syaikh Mahmud Muhammad at-Tonahi ((الطناحي (Lughah/Sejarah)
  • As -Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Azhari (Hadis/Fekah/Usul/Sejarah)
  • As -Syaikh Nuruddin ‘Itr (Hadis)
  • As -Syaikh Bassyar Awad Ma’ruf (Hadis/Sejarah)
  • As -Syaikh Muhammad Abdul Mun’im Khafaji (Lughah/Sejarah)
  • As -Syaikh Muhammad Awwamah (Hadis)
  • As -Syaikh Mustafa Dib al-Bugha(Fekah/Hadis/Tafsir)
  • As -Syaikh Mustafa Abu Zaid Mahmud Risywan al-Azhari(Hadis/Aqidah/Mantiq)
  • As -Syaikh Abdul Azim ad-Dib (Usul/Fekah)
  • As -Syaikh Rif’at Fauzi Abdul Muttalib (Hadis/Fekah)
  • As-Syaikh Abdul Hakim al-Anis at-Tikriti (Hadis/Sejarah/Adab)
  • As -Syaikh Syu’aib al-Arnaut (Hadis/Sejarah)
  • As -Syaikh Ma’mun Khalil Syiha (Hadis)
  • As -Syaikh Sayyid Syaltut (Usul/Fekah/Lughah)
  • As -Syaikh Sya’ban Muhammad Ismail (Usul)
  • As -Syaikh Said Fudah (Aqidah/Falsafah/Usul)
  • As -Syaikh Nizar Hammadi (Aqidah/Usul/Tasawwuf)
  • Sulaiman Dunia (Aqidah/Falsafah)
  • Husein Nassar (Sejarah/Sastera)
  • As -Syaikh Muhammad Syamsul Haq al-Azim Abadi (Hadis)
  • As -Syaikh Habiburrahman al-A’zami (Hadis)
  • Yusuf Bin Abdurrahman al-Mar’asyli (Hadis/Sejarah)
  • As -Syaikh Muhammad Abdul Qodir Nassar (Aqidah/Tasawwuf)
  • As -Syaikh Hasan Hito (Fekah/usul)

Mudah-mudahan dengan sedikit tips dan panduan yang disediakan ini memberi kemudahan kepada penuntut ilmu terutamanya yang mubtadi’ untuk merancang pembelian. Insya-Allah semoga pembelian kitab-kitab tersebut menjadi aset penting kepada kita kelak. Ulama’ menyebut:

شراء الكتب يورث الغنى

” Membeli kitab-kitab boleh mewarisi kekayaan”

Selamat bersahabat dengan ilmu.

“Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar”

Disediakan oleh:

Markaz Pengumpulan Kajian & Hasilan Penyelidikan (MANHAL)

Biro Akademik KPT Mesir 2015/16

(Visited 1,002 times, 1 visits today)

Comments

comments